Berita Terkini

8 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 9 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 9 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 9 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 9 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Isu Hutang Negara, Bantuan Gempa Bumi Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 9:36AM

Anwar Ibrahim dijadualkan akan menjawab beberapa soalan pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan terkini jumlah hutang negara, bantuan Malaysia kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan bencana gempa bumi serta isu kes rasuah antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Bagi soalan berkaitan hutang negara yang dibangkitkan Wong Kah Woh (PH-Taiping), beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan punca kenaikan hutang negara setiap tahun serta usaha kerajaan menyelesaikannya.

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang bertanyakan mengenai gempa bumi turut meminta perincian kos keseluruhan atur gerak anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke kawasan bencana di Turkiye dan Syria.

Sementara itu, Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang bertanyakan mengenai penyiasatan kes rasuah meminta Perdana Menteri menyatakan strategi penambahbaikan dan fokus utama kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan penyiasatan jenayah itu mendatangkan impak yang besar.

Semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) bertanyakan kepada Menteri Komunikasi dan Digital mengenai dasar jangka masa pendek, pertengahan dan panjang Kementerian terhadap aplikasi media sosial seperti TikTok yang disalah guna hingga menjejaskan perpaduan rakyat.

Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pula meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan inisiatif yang dirangka di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang kementerian itu untuk menangani bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Selepas sesi soal jawab, Perdana Menteri dijadual membentangkan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilih yang akan dipengerusikannya serta melantik enam Ahli Parlimen lain.

Selain itu, turut dibentangkan ialah usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja yang akan menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini. - Bernama

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

Semasa 9 jam yang lalu

Haram Peniaga Jual Makanan Hangit, Basi - Mufti

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

6 Fasiliti Terjejas Teruk Banjir Akan Dibaik Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan - Dr Zaliha

Semasa 12 jam yang lalu

Charles Santiago Kembali Terajui SPAN Selepas Dipecat Pada 2020

oleh Wartawan Getaran