Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Bagaimana Dasar Lembaga Perumahan Dan Pembangunan Singapura Bantu Rakyat Miliki Kediaman

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 10:55AM

Pengundian unit HDB turut mengambil kira sekiranya seseorang itu pertama kali membeli, tinggal berhampiran ibu bapa, pasangan berkahwin yang memiliki anak dan sebagainya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perumahan di republik yang memiliki tanah terhad untuk pembangunan itu, menjadi isu hangat dalam kalangan rakyatnya apabila harga kediaman di negara berkenaan terus melambung walaupun kerajaan ‘campur tangan’.

Justeru, ia mendapat pelbagai reaksi dan mencetuskan persoalan dalam kalangan rakyat di Malaysia apabila Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sesi perkongsian kemahiran dengan pakar dari Singapura mengenai pengurusan rumah mampu milik di negara ini.

Ia termasuk tindak balas daripada parti pembangkang PAS yang mendakwa orang Melayu akan berdepan harga tidak masuk akal di tempat sendiri.

Dasar integrasi etnik Singapura membabitkan perumahan awamnya pernah dilabelkan sebagai ‘dasar sosial paling mengganggu’ di republik itu, tetapi kerajaan berulang kali mempertahankannya sebagai perkara penting dalam memupuk keharmonian kaum.

Menteri Pembangunan Singapura, Desmond Lee baru-baru ini memberitahu sekumpulan wartawan Malaysia bahawa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) negara berkenaan, melangkaui pemilikan kediaman mudah untuk membentuk dasar sosial, aspirasi dan matlamat.

“Sebagai contoh, kami baru-baru ini melancarkan Perumahan Awam Lokasi Perdana kerana kami melihat bahawa di Singapura dan banyak bandar, masyarakat sebenarnya akan membina strata bandar yang berjaya jika ia diserahkan kepada kuasa pasaran. Contohnya, di Eropah dan AS.

“Jadi kita perlu menggunakan dasar dan meletakkan banyak sumber untuk bertindak terhadap kuasa itu. Ini bermakna seperti di tempat di sepanjang pantai selatan, di mana biasanya anda ingin membina kondo mewah pada nilai sangat tinggi, kita akan membina perumahan awam, termasuk rumah sewa.

“Satu lagi ialah dasar integrasi etnik (yang wujud sejak sekian lama). Lama kelamaan ia membolehkan apa yang kita lihat sebagai prasyarat asas dan penting kepada perpaduan sosial,” katanya sambil menambah bahawa infrastruktur perumahan awam disatukan bersama dengan program sosial.

Bagaimanapun, Lee mengakui bahawa kerajaan terus menghadapi aduan mengenai kadar subsidi unit HDB semasa melaksanakan syarat disar, bagi memastikan mereka yang mendapat peluang tinggal di lokasi utama, tidak akan dilihat sebagai ‘menolak rezeki, mendapat durian runtuh atau berlaku ketidak adilan, berbanding orang lain.

Pengundian unit HDB juga mengambil kira sekiranya seseorang itu pertama kali membeli, tinggal berhampiran ibu bapa, pasangan berkahwin yang memiliki anak dan sebagainya.

Pada masa ini, 80 peratus isi rumah Singapura tinggal di unit HDB, dengan 90 peratus adalah pemilikan rumah, manakala kerajaan terus menyalurkan berbilion ringgit setiap tahun untuk menyokong skim itu. KDNK nominal Singapura adalah SGD533,352 bilion pada 2021.

“Kami tidak menetapkan harga flat kami untuk mendapatkan semula kos kerajaan. Kerajaan mesti membayar untuk tanah, kontraktor, arkitek, jurutera dan sebagainya. Jadi pada masa biasa, defisit kami tanggung untuk segmen pemilikan rumah setiap tahun adalah lebih kurang SGD1 bilion.

“Pada TK2021 ia akan menjadi SGD3.85 bilion memandangkan kos kami meningkat. Kami cuba mengekalkan harga rata kami secara relatif stabil, walaupun melalui krisis COVID-19. Dan akibatnya, kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk merapatkan jurang antara jumlah kami belanjakan dengan jumlah kami kumpulkan,” kata Lee.

Mengapa dasar integrasi etnik kekal dilaksanakan

Desmond Lee (kiri). - Gambar ihsan Kementerian Pembangunan Nasional Singapura
Desmond Lee (kiri). - Gambar ihsan Kementerian Pembangunan Nasional Singapura

HDB mengenakan syarat ketat untuk kediaman dijual semula pemilik, di mana dasar integrasi etnik dimainkan atas nama keharmonian sosial.

Ketika ditanya mengenai penarikan balik dasar itu, beliau berkata, terdapat bahagian di Singapura yang kuotanya diuji sehingga had ditetapkan.

“(Ia) Bukan perkauman atau prejudis kaum yang menyebabkan orang mahu hidup bersama atau mendorong orang (daripada bangsa sama) mahu hidup bersama. Terdapat pelbagai faktor untuk itu, termasuk antropologi sosial.

“Satu daripadanya sudah tentu pusat budaya graviti. Kedua, anda ingin mempromosikan orang yang tinggal berhampiran ibu bapa mereka. Jadi jika anda memberi insentif, maka apa yang anda dapat? Anda mendapat orang yang ingin tinggal berhampiran ibu bapa mereka dan mereka semua terdiri daripada etnik tertentu.

“Ketiga, kerana ia sama ada pusat graviti bersejarah atau kemudahan di kawasan itu, anda sedang mencari pilihan makanan dan keagamaan. Matlamat kami adalah untuk memastikan kepelbagaian dipenuhi di setiap kejiranan.

“Jika anda menerimanya, anda akan melihat penumpuan etnik kembali ke tahap sangat baik. Setiap blok mesti mempunyai peratusan tertentu, tidak lebih daripada peratusan tertentu Cina, Melayu, India dan sebagainya. Bukan sahaja mengikut kejiranan, malah mengikut blok.

“Kami juga menyedari bahawa minoriti di Singapura terjejas secara tidak seimbang; jadi akibatnya, kami memperakuinya,” katanya.

Polisi itu sudah disemak tahun lalu dan pemilik rumah yang terjejas, boleh memilih untuk menjual unit HDB mereka kepada kerajaan, dengan syarat cuba berusaha memasarkan unit itu.

‘Berlumba’ dengan masa untuk berdepan perubahan iklim

Dalam jangka panjang, Lee berkata, Singapura perlu berdepan kesan perubahan iklim walaupun republik itu berjaya mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Sifar bersih merujuk kepada situasi di mana gas rumah hijau diseimbangkan dengan penyingkirannya dari atmosfera.

“Walaupun kita mencapai sifar bersih, kita mesti bersedia dengan kenaikan paras air laut, corak cuaca lebih tidak menentu, hujan lebih lebat, risiko banjir terutama semasa banjir pasang surut, semuanya pada masa sama.

“Kita perlu melindungi bahagian rendah pulau itu, melalui pelaburan jangka panjang. Kita perlu, dalam jangka panjang, untuk mula membangunkan bahagian yang berlainan di Singapura untuk memajukan tanah, selain mendalamkan longkang dan bersedia untuk perubahan iklim,” katanya.

Mengulas lanjut, Lee berkata, Peta Transformasi Perindustrian sedang bergerak untuk mendigitalkan ‘hujung ke hujung’, daripada konsep, kepada reka bentuk, kepada pembinaan dan kemudian pengurusan kemudahan untuk mencapai matlamat sifar bersih 2050.

“Dalam Label Hijau kami, kami memberi insentif kepada mereka yang mengambil kira kesan karbon mereka (bahan binaan dan sebagainya). Kami juga mempunyai Pelan Induk Bangunan Hijau Singapura yang memfokuskan pada 80-80-80 menjelang 2030.

“80 pertama ialah kami mahu 80 peratusan bangunan kami dapat memenuhi piawaian alam sekitar garis asas kami yang lebih tinggi. 80 kedua ialah memastikan 80 peratus daripada bangunan baharu kami bina dari 2030 mestilah bangunan tenaga sangat rendah.

“Dan menjelang 2030, bangunan terbaik dalam kelasnya perlu 80 peratus cekap tenaga, berbanding ketika kami mula-mula melaksanakannya pada 2005. Kini kami 60 peratus lebih cekap, lebih sedikit untuk dibuat,” katanya.

Bagi tujuan ini, kerajaan membiayai institut pengajian tinggi, institut penyelidikan dan sektor swasta untuk menyelidik kaedah membina serta menyelenggara bangunan tenaga terbaik dalam kelas dan tenaga sangat rendah.

Mengubah aliran ulang-alik dan trend kerja

Pandemik COVID-19 mempercepatkan trend seperti penyetempatan pusat kerja, pendigitalan dan pengaturan kerja fleksibel.

Lee menegaskan, sebelum wabak itu, kerajaan meneliti pembangunan polisentrik di mana akan terdapat pusat berbeza untuk aktiviti komersial, perindustrian dan pendidikan yang membolehkan perjalanan lebih singkat.

“Kami mempunyai Skim Insentif CBD untuk menggalakkan pemaju membangunkan perumahan di dalam kawasan pusat perniagaan. Jika tidak, anda melihat aktiviti sibuk pada waktu siang dan sangat sunyi pada waktu malam.

“Itu bukan penggunaan tanah yang baik, jadi kami mempunyai strategi dan insentif untuk mempunyai lebih banyak kegunaan bercampur, kediaman, pejabat dan daerah komersial kami."

“Apa yang kami pelajari juga daripada krisis terdahulu yang disebabkan pandemik ini adalah keperluan untu memastikan bahawa penggunaan tanah memberikan fleksibiliti dan kebolehsuaian di negara bandar yang sangat padat penduduk seperti negara kami,” katanya. – The Vibes, 12 Februari 2023.

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

oleh Farhana Farush

Semasa 21 jam yang lalu

Sultan Kedah Berkenan Terima Menghadap Menteri Komunukasi Dan Digital