web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAKIM, JAWI Kumpul Sumbangan Turkiye-Syria Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 8:59PM

Kutipan tersebut dilakukan pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut, bermula esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan kutipan sumbangan bantuan kemanusiaan, susulan gempa bumi di Turkiye di masjid dan surau seliaan kedua-dua agensi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kutipan tersebut dilakukan pada setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut, bermula esok.

“Sumbangan umat Islam ini akan disalurkan kepada tabung rasmi diuruskan kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Na’im menjelaskan, JAKIM akan mengadakan kutipan di Masjid Negara di sini serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Katanya, JAWI pula akan melakukan kutipan itu di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga mengesyorkan kepada pihak berkuasa agama Islam negeri untuk turut mengadakan kutipan derma dan sumbangan umat Islam.

“Ia boleh dilakukan menerusi masjid di seluruh negara bagi disalurkan kepada program bantuan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

“Semoga sumbangan kecil kita semua akan dapat membantu urusan menyelamat dan meringankan beban mangsa bencana di Turkiye dan Syria yang kini sedang dilanda ujian besar,” katanya.

Awal pagi Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras, Turkiye dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Kawasan itu dilanda dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatannya.

Gempa bumi pertama berlaku jam 4.17 pagi dan berpusat di Pazarcik, manakala gempa bumi susulan berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di Elbistan, Kahramanmaras berlaku 1.24 tengah hari (6.24 petang waktu Malaysia).

Setakat ini, jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000, seperti dilaporkan Agensi Anadolu memetik sebuah agensi kerajaan pada Khamis.

Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Turkiye pula memaklumkan, seramai 12,391 orang terbunuh, manakala 62,914 cedera dalam gempa bumi itu.

Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi itu dan lebih 13 juta orang turut terjejas. - Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam