Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Mohamed Nazri Dilantik Duta Besar Amerika Syarikat, Syed Md Hasrin Ke Indonesia

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 2:51PM

Nazri Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau antara 10 ketua perwakilan diplomatik baharu Malaysia yang pelantikan mereka diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Wisma Putra memaklumkan, selain Mohamed Nazri yang juga mantan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, mantan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, AS, iaitu Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia.

“Syed Md Hasrin berkelulusan Sarjana dalam bidang pengurusan awam dari National University of Singapore dan menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1994.

“Sebelum pelantikan ini, beliau adalah Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, AS sejak tahun 2019,” katanya.

Menurutnya, pelantikan tersebut diperkenan dalam istiadat penyerahan watikah di Istana Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra berkata, mantan Duta Besar Malaysia ke Republik Itali, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony diumumkan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, manakala bekas Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan, Hendy Assan dilantik bakal Duta Besar Malaysia ke Holy See.

Jelasnya, Abdul Malik adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1996.

Beliau memegang peranan sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Itali sejak tahun 2018, merangkap Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Makanan dan Pertanian (Food and Agriculture Organisation – FAO), Program Makanan Sedunia (World Food Programme – WFP) dan Dana Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian (International Fund for Agricultural Development – IFAD).

Manakala, Hendy adalah graduan Universiti Malaya (UM) dan menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1995.

Sebelum pelantikan terbabit, katanya, beliau adalah Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan sejak tahun 2018.

Mantan Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa, Hafizah Abdullah, jelasnya, diumumkan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Sweden, sementara bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Persekutuan Nigeria, Gloria Corina Peter Tiwet dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Brazil.

“Berkelulusan Sarjana dalam bidang Sains Politik (Hubungan Antarabangsa) dari UIAM, Hafizah adalah PTD lantikan tahun 1996. Beliau sebelum ini menyandang jawatan Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa sejak tahun 2022.

“Gloria Corina berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Keselamatan Global dari Cranfield University di United Kingdom (UK) dan menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1996. Sebelum pelantikan ini, beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Persekutuan Nigeria sejak tahun 2018.

“Beliau juga pernah ditugaskan di pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di Stockholm, Sweden; Buenos Aires, Argentina dan Santiago, Chile,” katanya.

Senarai pelantik itu turut menyaksikan mantan Pengarah di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Ruzaimi Mohamad diumumkan bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Kenya, di samping bekas Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand, Suzilah Mohd Sidek yang akan melaksanakan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Czech.

“Ruzaimi adalah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dan menyertai perkhidmatan awam sebagai PTD pada tahun 2000. Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri sejak tahun 2019.

“Suzilah (pula) berkelulusan Sarjana dalam bidang Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2001.

“Terdahulu, beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand dan Wakil Tetap Malaysia ke Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) di Bangkok,” katanya.

Selain itu, mantan Setiausaha Bahagian Afrika, Amarjit Singh Sarjit Singh dinamakan bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Demokratik Timor-Leste, manakala Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi, Alauddin Mohd Nor diumumkan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Kuwait.

“Amarjit Singh adalah graduan University of London di UK dan menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2001. Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Afrika sejak tahun 2020.

“Alauddin berkelulusan Sarjana dalam Kesusasteraan Bahasa Inggeris dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memulakan perkhidmatan sebagai PTD di Kementerian Luar Negeri pada tahun 2002. Beliau pernah bertugas sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi sejak tahun 2019,” kata Wisma Putra. - Getaran, 9 Februari 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berbuka Puasa Bersama PM, Jemaah Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

Semasa 13 jam yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 11 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam