web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dana Pembangunan Lapangan Terbang Bakal Ditubuhkan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 1:36PM

Cadangan lain yang dikemukakan oleh MAHB dalam OA termasuk penjenamaan semula KLIA dan klia2 masing-masing kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2, untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keberkesanan. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan Dana Pembangunan Lapangan Terbang (ADF) bagi mengumpul wang untuk pembangunan lapangan terbang di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dana itu adalah salah satu syarat perjanjian operasi (OA) dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bertujuan untuk mengendali, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan lapangan terbang kecil di Malaysia sehingga 2069.

“50 peratus komponen caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang diambil kira dalam pengiraan yuran pengguna akan disalurkan ke akaun amanah ADF.

Anthony Loke - Gambar fail
Anthony Loke - Gambar fail

“Peratusan PSC atau peratusan komponen lain dalam yuran pengguna yang disumbangkan kepada akaun ADF akan disemak setiap tiga tahun,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sambil menyatakan bahawa dana itu adalah yang pertama seumpamanya dalam kerja pembangunan lapangan terbang di Malaysia, beliau berkata, kementerian akan menentukan bagaimana dana dikumpul akan digunakan untuk memperbaiki keadaan lapangan terbang.

Semasa mesyuarat Kabinet pada 2 Februari lalu, kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan terma material baharu OA antara Putrajaya dan MAHB.

Cadangan lain yang dikemukakan oleh MAHB dalam OA termasuk penjenamaan semula KLIA dan klia2 masing-masing kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2, untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keberkesanan.

“Cadangan untuk menandatangani OA dan penjenamaan semula KLIA dan klia2 adalah penting untuk kemampanan komersial KLIA dan juga pertumbuhan lapangan terbang di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya, pertukaran nama itu tidak akan dilaksanakan serta-merta kerana pemeteraian OA itu dijangka dilakukan sebelum penghujung suku pertama tahun ini.

Pada Isnin lalu, media melaporkan Kabinet meluluskan cadangan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) yang disediakan oleh MAHB.

Anthony berkata, pelan itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem aeroangkasa, penerbangan am dan penerbangan perniagaan (GA/BA) dan lapangan terbang bandar atau sekunder. – The Vibes, 9 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad