web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertemuan Bersama GLF: Anwar Suarakan Pendirian Malaysia Dalam Isu Berkepentingan, Tangani Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 6:49AM

Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada delegasi GLF diketuai oleh Helen Clark, semalam. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan beberapa perkara, termasuk kepentingan untuk membersihkan negara daripada rasuah ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi Global Leadership Foundation (GLF).

Beliau memaklumkan, pertemuan itu diadakan ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada delegasi GLF, diketuai mantan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark, semalam.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak juga menyentuh peranan penting Malaysia sebagai anggota ASEAN dalam memacu pembangunan serantau, selain mengemudi usaha kolektif pertubuhan itu bagi menangani situasi di Myanmar.

“Kami berbincang mengenai kepentingan tadbir urus negara yang baik serta usaha berterusan kerajaan dalam membersihkan negara daripada rasuah.

“Saya turut menegaskan komitmen Malaysia dalam menyuarakan pendirian tegas negara berhubung isu berkepentingan, termasuk percaturan geopolitik kuasa dunia dan usaha penyelesaian damai kepada konflik di Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook, awal pagi ini .

Anwar berkata, GLF yang berpengkalan di London, adalah sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan.

“(Ia) Berperanan menyokong kepimpinan politik dan tadbir urus yang baik, melalui perkongsian pengalaman bekas pemimpin dengan pemimpin negara masa kini,” katanya. – Getaran, 9 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad