web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Percutian Berakhir Duka, 6 Maut Nahas Van Di Genting Highlands

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 5:15PM

Enam orang maut apabila van dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - Gambar dari Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Percutian sekumpulan pelancong bertukar tragedi selepas enam daripada mereka maut apabila van dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, tengah hari tadi

Dalam nahas kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, van dinaiki 14 individu, termasuk dua lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan turun daripada pusat peranginan berkenaan sebelum terbabas.

Semua mangsa difahamkan adalah pelancong domestik dari Pulau Pinang.

Mangsa maut membabitkan lima wanita dan seorang lelaki.
Mangsa maut membabitkan lima wanita dan seorang lelaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, nahas mengakibatkan enam daripada mangsa meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan itu.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat, sebelum menyerahkan mereka yang cedera kepada pasukan perubatan.

“Semua mangsa cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Getaran.

Menurutnya, mangsa maut membabitkan lima wanita dan seorang lelaki.

“Lapan lagi mangsa mengalami kecederaan, dengan dua daripadanya dihantar ke Hospital Bentong, manakala enam dibawa ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi