web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masyarakat Diajak Sumbang Keperluan Harian, Baju Sejuk Untuk Mangsa Gempa Turkiye

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 4:48PM

Pasukan penyelamat kini mengejar masa untuk menyelamatkan mangsa yang terselamat ketika angka kematian menghampiri 8,000 orang. - Gambar dari Twitter @Islamabadies

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atas sifat kemanusiaan dan bagi meringankan bebanan mangsa gempa bumi dasyat di Turkiye, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze mengajak orang ramai, khususnya warga Subang untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian, termasuk selimut dan baju sejuk kepada mereka.

Beliau berkata, sumbangan itu amat diperlukan rakyat di negara berkenaan menjelang musim sejak selepas ia terjejas teruk akibat bencana terbabit, sehingga meragut ribuan nyawa setakat ini.

Katanya, menerusi komitmen dianjurkan di bawah kempen ‘sumbangan kasih daripada Subang kepada Turkiye’ itu, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan di dua masjid sekitar Subang Jaya.

Michelle Ng Mei Sze
Michelle Ng Mei Sze

“Penghantaran sumbangan boleh dibuat di Masjid Al-Falah USJ 9 dan Masjid Al-Irsyad USJ 1 bermula hari ini hingga 15 Februari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Gempa bumi yang melanda Turkiye baru-baru ini, meragut nyawa dan harta benda, justeru bagi membantu mangsa melalui musibah ini, kami menyeru warga Subang untuk menderma baju sejuk serta selimut,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Berdasarkan poster dimuat naik di hantaran tersebut, antara barangan amat diperlukan adalah baju sejuk, seluar panjang, baju lengan panjang, selendang, skaf, jaket ‘hoodie’, kot, sarung kaki dan tangan serta selimut.

Manakala, menerusi laporan sebuah portal, Mei Sze memaklumkan, pihaknya bekerjasama dengan syarikat penerbangan Turkish Airlines untuk urusan penghantaran sumbangan itu ke Turkiye yang dijangka pada 11 dan 16 Februari ini.

Awal pagi kelmarin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras, Turkiye dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Memetik kenyataan Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay, Agensi Anadoli melaporkan, sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 cedera di 10 wilayah negara berkenaan setakat ini, berikutan dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatannya.

Gempa bumi pertama berlaku jam 4.17 pagi dan berpusat di Pazarcik, manakala gempa bumi susulan berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di Elbistan, Kahramanmaras berlaku 1.24 tengah hari (6.24 petang waktu Malaysia).

Oktay berkata, 7,840 orang diselamatkan daripada runtuhan oleh 11,022 anggota mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, 338,000 mangsa kini ditempatkan di asrama, universiti dan pusat perlindungan.

Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) memaklumkan, pada masa ini, tiada ancaman tsunami terhadap pantai Mediterranean Timur Türkiye.

Gempa kuat itu turut memusnahkan negara jiran Syria dengan pegawai kerajaan dan penyelamat melaporkan hampir 1,300 orang terbunuh serta lebih 2,400 cedera setakat ini.

Selain itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, gempa bumi itu adalah ‘bencana terbesar’ sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.

Ekoran gempa bumi dasyat itu, Turkiye berkabung selama tujuh hari. - Getaran, 8 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar