web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan SMART Antara Pertama Tiba Di Turkiye Bantu Misi SAR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 12:03PM

Pasukan SMART dari Malaysia telah selamat tiba di Turkiye. - Gambar daripada Facebook Zambry Abd Kadir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi pasukan negara asing pertama tiba di Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi gempa bumi di negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Malaysia berjaya menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam tempoh kurang 12 jam.

Katanya, ia adalah hasil penyelarasan yang amat baik antara kesemua agensi kerajaan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul serta Kedutaan Besar Republik Turkiye di Kuala Lumpur dan Turkish Airlines.

“Susulan arahan Perdana Menteri petang kelmarin, kerajaan menghantar pasukan SMART ke Turkiye untuk terlibat dalam misi bantuan SAR mangsa yang terjejas, bersama pihak berkuasa tempatan.

“Seramai 70 anggota terbabit selamat tiba di Istanbul pada jam 6 pagi waktu tempatan semalam dan turut digerakkan ke Adana bagi misi SAR di kawasan berkenaan yang terletak 500 kilometer (km) dari Ankara atau 987 km dari Istanbul,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat penyelarasan dipengerusikan bersama Menteri Luar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) selepas pelepasan pasukan SMART di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bersetuju untuk membentuk sebuah Pasukan Petugas (Task Force).

“Ini bagi menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan dari Malaysia, termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pasukan Petugas ini diketuai bersama Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan objektif utama untuk memastikan segala persiapan dan perancangan bagi saluran bantuan kemanusiaan ke negara terkesan akibat bencana gempa bumi ini berjalan lancar, teratur serta memenuhi garis panduan oleh kerajaan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, satu mesyuarat koordinasi antara Pasukan Petugas itu dengan NGO Malaysia dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi tadi.

Dalam pada itu, Kementerian Luar turut menasihati rakyat Malaysia yang sedang berada di Turkiye, Syria dan negara berdekatan, supaya terus mengambil langkah berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

“Patuhi nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

“Sekiranya memerlukan bantuan segera, warga Malaysia di negara-negara ini dinasihatkan segera berhubung dengan Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di Amman, Ankara, Beirut atau Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul atau Konsul Kehormat Malaysia di Damsyik,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad