web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekretariat Kerajaan Perpaduan Tubuh 3 Jawatankuasa Mantap Dasar Pentadbiran, Strategi Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 11:56PM

Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan kali pertama malam ini mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa bagi memberi pandangan mengenai dasar pentadbiran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik.

Katanya, Jawatankuasa Strategi adalah bagi mendepani kenyataan fitnah melampau dilontarkan pihak tertentu terhadap Kerajaan Perpaduan, contohnya isu pembakaran Al-Quran.

“Dalam isu pembakaran Al-Quran ini, ada tokoh agama menggunakan kenyataan ketika ucapan mereka, seolah-olah kita (Kerajaan Perpaduan) tidak berbuat apa-apa atau belum berbuat apa-apa.

“Padahal pada masa itu, kita sudah mengeluarkan kenyataan keras, mengecam, (malah) Kementerian Luar sudah memanggil duta Sweden dan berikutnya, sebab itu jawatankuasa komunikasi strategi ini penting,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, selain pimpinan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN).

Anwar berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya akan menumpukan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan bila-bila masa dan ia bakal mencadangkan hal berkaitan.

“Antaranya pembahagian kerusi dan memastikan Kerajaan Perpaduan mempunyai tapak kukuh dalam menghadapi pilihan raya itu,” katanya.

Manakala, ujarnya, Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik memberi tumpuan dan pandangan membabitkan usul manifesto parti dan kos sara hidup, selain kerjasama antara semua kaum.

Selain itu, Anwar berkata, mesyuarat itu membentangkan analisis dikemukakan dua pakar pilihan raya secara menyeluruh yang menunjukkan keadaan Pilihan Raya Umum Ke-15 berdasarkan fakta dan data penuh.

Menurutnya, analisis itu merumuskan beberapa pertama, antaranya Kerajaan Perpaduan yang digabungkan kekuatan beberapa parti, termasuk PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN, mencecah lebih dua per tiga jumlah pengundi yang menyokongnya pada PRU-15.

“Kerusi (dimenangi) setakat ini memang mencatat 148. Jika lihat dukungan ia satu gabungan mewakili semua kaum, semua daerah, semua suku kaum di negara kita dan ini yang memberikan kelebihan kepada kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH berkata, bagi memperkuat tekad pentadbirannya untuk bekerja sebagai sebuah pasukan padu dan mantap, mesyuarat itu turut bersepakat membentuk struktur pimpinan yang akan bersidang setiap bulan.

“Terima kasih kerana mereka berikan persetujuan untuk saya mempengerusikannya dan ketua-ketua parti gabungan akan menjadi timbalan pengerusi.

“Seterusnya, pimpinan lain sebagai naib pengerusi, kemudian Fadillah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Kerajaan Perpaduan dan jawatan ketua sekretariat dijawat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Pimpinan parti yang lain akan menganggotai majlis pimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Jelasnya, terma ditetapkan pasukan itu adalah memastikan dasar disepakati bersama dan selain jemaah menteri yang mempunyai tugas tertentu serta perbincangan setiap minggu, ia akan memberikan pandangan mereka.

“Pasukan ini akan memberikan pandangan mengenai dasar utama Kerajaan Perpaduan dan memastikan pandangan semua itu diambil kira dalam menguruskan dasar tersebut,” katanya. – Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar