web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Perlu Bersolidariti, Sokong Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 2:20PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersolidariti serta memberikan sokongan kepada mangsa yang terjejas gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia adalah tragedi yang mengorbankan banyak nyawa dan mengakibatkan penderitaan tidak terhingga.

“Wanita UMNO merakamkan rasa simpati mendalam kepada keluarga serta masyarakat yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turki dan Syria.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang terjejas oleh tragedi ini, selain melakukan apa kita mampu untuk menyokong mereka pada saat ini dengan semangat persaudaraan dan kemanusiaan sejati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noraini berkata, sebagai tindak balas kepada tragedi itu, Malaysia sudah menghantar Pasukan Tindak Balas Kecemasan Malaysia (SMART) ke Turkiye dan Syria untuk membantu dalam usaha pemulihan pasca bencana.

Katanya, pasukan itu akan berada di lapangan untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa tragedi terbabit.

Malah, ujarnya, beliau yakin bahawa pasukan itu akan melakukan yang terbaik untuk membantu dalam usaha pemulihan di rantau ini.

“Saya turut kagum dan berterima kasih di atas keberanian serta ketabahan sukarelawan dan penyelamat yang mempertaruhkan keselamatan diri dalam membantu mangsa.

“Ikhtiar dan kesungguhan mereka benar-benar memberi inspirasi serta memberi teladan kemanusiaan terbaik dalam mendepani malapetaka,” katanya.

Awal pagi semalam, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras, Turkiye dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Memetik kenyataan Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay, Agensi Anadoli melaporkan, sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah negara berkenaan setakat ini, berikutan dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatannya.

Gempa bumi pertama berlaku jam 4.17 pagi dan berpusat di Pazarcik, manakala satu lagi gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di Elbistan, Kahramanmaras berlaku 1.24 tengah hari (6.24 petang waktu Malaysia).

Oktay berkata 7,840 orang diselamatkan daripada runtuhan oleh 11,022 anggota mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, 338,000 mangsa kini ditempatkan di asrama, universiti dan pusat perlindungan.

Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) memaklumkan, pada masa ini, tiada ancaman tsunami terhadap pantai Mediterranean Timur Türkiye.

Gempa kuat itu turut memusnahkan negara jiran Syria dengan pegawai kerajaan dan penyelamat melaporkan hampir 1,300 orang terbunuh dan lebih 2,400 cedera setakat ini.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, gempa bumi pada Isnin itu adalah ‘bencana terbesar’ sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.

Susulan gempa bumi dasyat itu, Turkiye berkabung selama tujuh hari. - Getaran, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad