web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Geng Kongsi Gelap Ditahan Ugut Peniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 3:38PM

Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika meninjau suasana sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Dua lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap ditahan kerana memeras ugut seorang peniaga di tapak perniagaan sempena sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada kira-kira 4 pagi.

"Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang berniaga di kawasan berkenaan mendakwa didatangi dua lelaki yang mengugut mahu merosakkan gerainya kerana berniaga di situ dan mangsa yang bimbang keselamatan dirinya bertindak membuat laporan polis.

"Ekoran laporan polis itu, pihak kami menjalankan siasatan dan menahan dua lelaki tersebut tidak jauh dari lokasi kejadian. Pemeriksaan awal mendapati terdapat tatu geng kongsi gelap di badan mereka dan dipercayai mereka ahli geng tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini hari ini.

Menurutnya berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan jenayah tersebut dan kini mereka direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut membuka empat kertas siasatan kes curi iaitu seluk saku dan seluk beg melibatkan empat mangsa termasuk seorang pelancong Kanada yang hadir pada sambutan Thaipusam di negeri ini.

Katanya lelaki Kanada berusia 79 tahun itu mengalami kerugian RM6,000 selepas menjadi mangsa penyeluk saku ketika sedang leka menyaksikan perarakan pedati di Lebuh Chulia, di sini semalam.

"Lelaki itu hanya menyedari dompetnya hilang pada 9 pagi dan bertindak membuat laporan polis. Kami juga menerima laporan polis daripada tiga wanita berusia antara 37 dan 58 tahun yang turut menjadi mangsa seluk saku serta seluk beg.

"Tiga wanita warga tempatan itu kerugian RM1,150 selepas menjadi mangsa dalam kejadian semalam hingga awal pagi ini di sekitar Jalan Utama, di sini untuk meraikan sambutan Thaipusam," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat mengesan mereka terlibat dan empat kes tersebut disiasat menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Menurutnya pengunjung yang hadir diminta agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa barang berharga bagi mengelak menjadi mangsa jenayah terutama di kawasan sesak ketika sambutan Thaipusam. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad