web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Henti Jadi Polis Moral! Jalankan Tugas Tanpa Prejudis, Sifat Seksis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 11:58AM

Young Syefura Othman - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua rakyat termasuk golongan wanita perlu diberikan akses untuk masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis tanpa perlu dihakimi penampilan mereka.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau berharap kejadian seorang wanita tidak dibenarkan masuk ke sebuah balai polis kerana didakwa tidak berpakaian sopan, tidak berulang lagi.

“Saya menyeru kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjalankan tugas mereka tanpa prejudis, tanpa sifat seksis terhadap wanita dan tanpa menilai seseorang melalui pemakaian mereka.

“Rata-rata yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis adalah rakyat yang memerlukan bantuan. Pakaian yang dipakai dan penampilan mereka sepatutnya tidak menjadi isu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian seorang wanita berang selepas dihalang daripada memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana memakai seluar pendek di atas paras lutut, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara berkata, PDRM perlu melatih anggota dan pegawai mereka untuk bersedia menerima kehadiran rakyat waima pakaian dan penampilan mereka.

Tambahnya, rakyat tidak hadir ke balai polis jika tiada sesuatu yang mendesak.

Jelas beliau, prinsip 'Kesopanan dan Kesusilaan' yang disebut Ketua Polis Negara sepatutnya perlu dipraktikkan juga oleh anggota dan pegawai polis yang menerima laporan.

“Mereka perlu bersikap profesional, sentiasa tenang dan sedia berkhidmat untuk rakyat termasuk menerima laporan daripada rakyat yang terdesak tidak kira apa juga penampilan mereka pada ketika itu.

“Double standard dan sikap seksis tidak perlu ada pada anggota dan pegawai polis. Tugas mereka untuk menjaga keamanan dan keselamatan, bukan menjadi polis moral kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Jurulatih Beri Kenyataan Jelik, PDRM Mulakan Siasatan Dalaman

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad