web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Kerajaan Tumpu R&D Untuk Pasar Produk Negara Ke Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:01AM

Fadillah Yusof ketika hadir bagi sesi temu bual Program Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Wisma Berita, Angkasapuri malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memberi tumpuan kepada peruntukan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)  bagi memasarkan produk negara ke peringkat antarabangsa dalam Belanjawan 2023, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, usaha itu perlu kerana negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

“Oleh itu kita perlukan penglibatan serta melantik pakar luar negara untuk kita berunding dan memastian produk kita diterima.

“Selain bekerjasama dengan syarikat besar industri, kita juga kena lihat pekebun kecil sebab itu dalam konteks kayu kayan ini, kita perlu lihat perladangan komuniti selain produk baharu seperti kanabis, jika ia boleh dijadikan satu daripada komoditi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Naratif Khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung RTM malam tadi.

Sementara itu, Fadillah berkata, banyak usaha sudah dilakukan dan akan terus dilaksanakan kerajaan, misalnya memperkenal standard yang hampir mencapai piawaian antarabangsa bagi memenuhi segala komitmen kemampanan serta kelestarian.

“Di peringkat Malaysia, memang kita sudah memberikan komitmen untuk tidak membuka ladang baharu, maknanya hutan tidak lagi akan diterokai tetapi yang akan ada adalah penghijrahan daripada kelapa kepada sawit, membabitkan pekebun kecil.

“Yang mungkin mencabar ialah bagaimana pekebun kecil ini dapat memenuhi standard sudah ditetapkan.

“Di Malaysia kita sudah memperkenalkan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) di peringkat antarabangsa, ada juga Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), supaya kita akan dapat memasarkan produk kita,” katanya.

Ujarnya, Malaysia akan berbincang dengan Indonesia pada minggu depan mengenai bagaimana untuk menyusun strategi supaya perkara berkenaan mendapat perhatian daripada Kesatuan Eropah (EU). – Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini