web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Landasan LRT Bengkok: Siasatan Struktur Jejambat Ambil Masa 2 Minggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 9:10PM

Rapid Rail menerusi kenyataan memaklumkan, sebuah syarikat perunding kejuruteraan berpengalaman sudah dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci itu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan menyeluruh ke atas kerosakan struktur ‘viaduct dan pier’ atau jejambat yang retak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya, sehingga mengakibatkan penjajaran landasan bengkok sedang dijalankan dan akan mengambil masa 14 hari.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi kenyataan memaklumkan, sebuah syarikat perunding kejuruteraan berpengalaman sudah dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci itu.

Menurutnya, ia bagi mengenal pasti punca kerosakan dan siasatan berkenaan mengambil kira semua kemungkinan.

“Ini adalah perlu bagi menentukan pelan tindakan ratifikasi yang akan diambil.

“Siasatan ini dijangka akan selesai dalam masa dua minggu.

“Ianya mengambil masa kerana perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati atas faktor keselamatan serta mengambil kira lokasi struktur itu sendiri,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Rapid Rail berkata, satu jawatankuasa khas membabitkan pihak Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bersama agensi kerajaan, iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dibentuk bagi memantau siasatan itu.

Katanya, hasil siasatan tersebut akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan.

Menurutnya, PRASARANA dan Rapid Rail selaku operator perkhidmatan LRT, sedang berusaha memulihkan servis di antara dua stesen, iaitu Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek secepat mungkin.

“Namun perlu ditekankan bahawa keselamatan penumpang dan kestabilan operasi menjadi keutamaan.

“Kami mengambil maklum kesukaran dihadapi penumpang dan kami memohon maaf di atas segala kesulitan.

“Kami juga berterima kasih di atas kesabaran penumpang pada masa ini dan keyakinan berterusan (mereka) menggunakan pengangkutan awam kendalian kami,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, perkhidmatan LRT Laluan Ampang antara Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek dihentikan sementara mulai Jumaat lalu, akibat penjajaran landasan bengkok.

Menerusi kenyataannya, Rapid Rail berkata, keputusan untuk menghentikan perkhidmatan di antara dua stesen tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan. - Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar