web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remaja Didakwa Bunuh Warga Emas 91 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 7:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur muda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat, Melaka, bulan lalu.

Tertuduh, D Peter, 20, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Namun, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Tamil.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membunuh seorang wanita, Misah Md Amin.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kilometer (KM) 16 Kampung Pulai Darat Merlimau, Jasin, kira-kira jam 1.30 pagi, 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Mac ini sebagai sebutan semula kes dan mendapatkan laporan bedah siasat.

Dalam kejadian itu, seorang warga emas ditemui maut dipercayai dibunuh membabitkan kes samun di rumahnya.

Kematian mangsa dipercayai tinggal seorang diri di rumah tersebut itu, disedari jirannya yang menyewa di tanah warga emas berkenaan.

Susulan itu, seorang lelaki diberkas berhampiran kawasan kejadian pada pukul 8 pagi hari sama.

Semakan polis mendapati, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan berkaitan kes samun. - Getaran, 1 Febuari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 47 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi