web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Cadang Usahakan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Moden - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 3:26PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MoF) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat keperluan mengenai perkara tersebut terutamanya dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin.

“Ini antara maklum balas dalam sesi Dialog Belanjawan 2023 bersama kerajaan negeri. Kerajaan pusat kini mencari tanah kosong dan terbiar ... GLC di bawah kementerian yang mempunyai kewangan mencukupi dapat membangunkan tanah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Ia turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta penjawat awam, pekerja swasta, teknorat, badan bukan kerajaan dan ahli akademik bagi memastikan penyediaan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini lebih menyeluruh.

Sementara itu, beliau berkata Belanjawan 2023 tertumpu kepada usaha untuk menangani isu kos sara hidup dan pekerjaan rakyat, memperkukuh ekonomi negara, melaksanakan reformasi institusi, pengurusan bencana dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Ahmad berkata pada sesi dialog hari ini, antara cadangan diberikan oleh pihak kerajaan negeri adalah peruntukan untuk penyelenggaraan bangunan, empangan, pelaburan berkualiti serta membincangkan masalah kesesakan trafik di Seremban-Kuala Pilah-Jempol terutamanya ketika musim cuti umum.

Menurutnya, MoF mengalu-alukan penglibatan semua lapisan masyarakat bagi memastikan proses penyediaan Belanjawan 2023 lebih telus dan inklusif sekali gus mempelawa orang ramai memberikan cadangan dan pandangan di laman khas bajet di www.mof.gov.my sehingga 10 Februari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 2 tahun yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam