web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurang 10 Peratus Syarikat Culas Bayar SST, Negara Rugi Hampir RM150 Juta - Kastam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 2:19PM

Sazali Mohamad berkata antara tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak yang culas membayar cukai termasuklah sekatan ke luar negara bagi ahli lembaga pengarah syarikat yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 90 peratus syarikat membayar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) manakala kurang 10 peratus syarikat didapati culas membayarnya pada tahun lepas, sehingga menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian hampir RM150 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi bahagian pematuhan dan audit yang dilakukan secara berkala mendapati ada syarikat yang tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan.

Bercakap pada sidang media sempena Program ‘Handholding SST Ikrar Betul Bayar Betul’ di sini hari ini, Sazali berkata antara tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak yang culas membayar cukai termasuklah sekatan ke luar negara bagi ahli lembaga pengarah syarikat yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen.

“Jika ada cukai tertunggak, mereka akan dikenakan penalti yang lebih tinggi daripada amaun cukai yang perlu dibayar atau tindakan mahkamah, jika perlu,” katanya meskipun hanya kurang 10 peratus syarikat yang tidak membayar cukai, ia tetap memberi implikasi kewangan kepada negara.

Sazali berkata prestasi kutipan cukai bagi 2022 adalah sebanyak RM53.54 bilion, meningkat 25.97 peratus atau RM11.03 bilion berbanding kutipan pada 2021.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen cukai seperti cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti eksais, duti import dan levi. Peningkatan hasil ini juga mencerminkan keupayaan dan kepimpinan JKDM dalam mengurus dan mentadbir jabatan pada tahap cemerlang,” katanya.

Bagi 2023, JKDM menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM52 bilion, katanya.

Mengenai Program ‘Handholding SST Ikrar Betul Bayar Betul’ yang diadakan hari ini dan esok (31 Januari)  di Menara A, Suasana PjH di sini, beliau berkata ia dianjurkan untuk memberi kefahaman berkaitan perundangan SST dan tanggungjawab mengikrar serta membayar cukai dengan betul.

Progam tersebut disasarkan kepada pendaftar SST dan pelaksanaannya akan diperluas di semua negeri secara berjadual sepanjang Februari, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar