web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbicaraan Kes 1MDB Ditangguhkan Susulan Kematian Sri Ram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 2:14PM

Najib Tun Razak (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambungan prosiding perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan itu setelah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib susulan kematian mengejut Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, “figura umpama seorang bapa kepada pasukan pendakwaan kes 1MDB”.

"Yang Arif, Sri Ram adalah bos dan ketua pasukan kami dan mendiang seperti bapa kepada kami semua. Hari ini dijadualkan bagi menyambung perbicaraan. Tetapi memandangkan kematian mengejut mendiang (Sri Ram), kami merayu penangguhan selama dua hari,” katanya.

Beliau memohon penangguhan pada hari ini dan esok bagi membahagikan semula beban tugas kes tersebut dan menghadiri majlis pengkebumian Sri Ram, esok.

“Majlis penghormatan bagi bukan ahli keluarga akan berlangsung di Nirvana 2 Kuala Lumpur antara 8 pagi hingga 1 tengah hari dan jasad mendiang kemudiannya akan disemadikan di Nirvana Memorial Park Shah Alam,” kata Ahmad Akram.

Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah permohonan penangguhan tersebut.

"Kami tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan itu dan ucapan takziah kami zahirkan kepada pasukan pendakwaan," kata peguam veteran itu.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan Khamis untuk menyambung perbicaraan.

Perbicaraan kes 1MDB ditetapkan untuk diteruskan hari ini dengan pasukan pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas terhadap Bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu Ging Ping.

Sri Ram meninggal dunia semalam pada usia 79 tahun di sebuah hospital swasta di sini. Mendiang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.

Mendiang merupakan pendakwa utama dalam kes rasuah 1MDB membabitkan Najib.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

4

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan