Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Harus Fokus Isu Perkasa Integriti, Lawan Rasuah – Kit Siang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 10:13PM

Lim Kit Siang meminta Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang memfokuskan kepada perbincangan dalam memperkasa integriti awam pada sidang Dewan Rakyat, Februari depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, perlu memfokuskan kepada perbincangan dalam memperkasa integriti awam pada persidangan Dewan Rakyat, Februari depan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia bagi membolehkan Malaysia menjadi negara terbaik dalam membanteras rasuah.

Katanya, terdapat keperluan perkara itu menjadi tumpuan bagi setiap Ahli Parlimen, berikutan Malaysia dijangka terus merekodkan penurunan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2022.

Sekiranya tidak ada tindakan drastik diambil untuk membanteras rasuah, ujarnya, Malaysia akan menjadi antara negara ‘tercorot’ di belakang Tunisia, Kuwait, Senegal, Bahrain, Maldives, Guyana, Morocco, Suriname, Indonesia dan Turkiye.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi apa dikatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu ‘sebuah negara perompak yang dipimpin perompak’.

“Justeru, adalah penting untuk sidang Parlimen yang bakal bermula dalam masa dua minggu lagi, meletakkan rancangan baharu untuk Malaysia menjadi satu daripada negara terbaik di dunia dari segi integriti awam dan melawan rasuah,” katanya menerusi  blog miliknya, hari ini.

Terdahulu, Malaysia merekodkan penurunan dalam CPI 2021 bagi dua tahun berturut-turut, apabila jatuh lima anak tangga kepada kedudukan 62 daripada keseluruhan 180 negara.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan memaklumkan, pada tahun 2020 Malaysia berada di tangga ke 57.

Beliau berkata, pada tahun 2021, negara mencatatkan skor 48, berbanding skor 51 peratus tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, perjuangan dihadapi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi sukar untuk melawan rasuah, sekiranya prestasi Malaysia menerusi indeks CPI pada tahun lalu lebih buruk, berbanding 2021.

“Dalam TI CPI 1995, Malaysia berada di tempat ke-23 dengan markah 5.28/10. Kini, kita berada di tempat ke-62 dari 180 negara yang ditinjau dengan markah 48/100, iaitu markah terendah pernah kita catatkan.

“Apakah bakal diterima Malaysia dalam CPI 2022, adakah negara akan jatuh lebih rendah dari tempat ke-62 dengan markah lebih rendah, berbanding dengan 47/100 diterima pada tahun 2017 dan 2018 semasa pemerintahan kerajaan kleptokrasi Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Kit Siang berkata, Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan pada 2018, berjaya meletakkan negara di tempat ke-51 yang menjadi pencapaian terbaik Malaysia dalam 25 tahun.

“Kerajaan ini (PH) meletakkan Malaysia ke arah menjadi satu daripada 30 negara terbaik dunia dari segi integriti awam sebelum tahun 2030, tetapi usaha ini tidak diteruskan dua kerajaan ‘pintu belakang’, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri yang muncul selepas konspirasi politik Langkah Sheraton sehingga jatuh ke tempat ke-62,” katanya.

Sementara itu, Kit Siang menyokong gesaan daripada Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) yang mahu kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) ditubuhkan pada tahun 2018.

Menurutnya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan PH untuk mendengar pandangan pelbagai organisasi masyarakat sivil (CSO), bagi memperkasakan sistem pentadbiran dan kedaulatan undang-undang.

“Sekarang sudah terlalu lewat untuk Kerajaan Perpaduan Anwar berbuat apa-apa bagi menambah baik kedudukan Malaysia dalam laporan TI CPI 2022, tetapi Kerajaan Perpaduan Anwar perlu melakukan segala dengan sebaiknya.

“Ini perlu untuk memastikan laporan CPI 2023 bakal diterbitkan tahun hadapan, menjadi indeks terbaik untuk Malaysia, malah lebih baik berbanding dengan TI CPI 2019 sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, G25 menerusi kenyataan berkata, langkah tersebut perlu dilakukan segera kerana laporan berkenaan yang dimulakan semasa di bawah pentadbiran kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir, sudah disiapkan sejak empat tahun lalu.

Sebagai antara pihak yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut, G25 berkata, IRC sudah mendengar pandangan pelbagai kumpulan masyarakat sivil berkenaan usaha pengukuhan sistem tadbir urus dan kedaulatan undang-undang.

Jelasnya, semasa proses libat urus, kumpulan berkenaan menyentuh empat perkara, iaitu berkaitan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC); meningkatkan keyakinan ekonomi di Malaysia; pembiayaan politik dan pentadbiran hal membabitkan agama Islam di Malaysia. - Getaran, 29 Januari 2023.

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun

Semasa 9 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA