web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Pengusiran Ditangguh, Penduduk Kampung Sungai Baru Rayu Campur Tangan PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 9:50PM

Khalid Abdul Samad (tengah) dan Lele Suzana (empat dari kanan) bersama penduduk Kampung Sungai Baru, pada sidang media di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penduduk Kampung Sungai Baru meminta campur tangan secara langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu menyelesaikan isu pembangunan semula di kawasan itu yang berlarutan sejak sekian lama, terutama berhubung pembayaran pampasan adil kepada pemilik rumah terbabit.

Pemangku Pengerusi jawatankuasa penduduk di situ, Lele Suzana Kudari, melahirkan penghargaan mengenai arahan Anwar baru-baru ini, supaya pembangunan semula di situ ‘digantung’, namun memohon bantuan Perdana Menteri bagi menangani kebimbangan dialami pemilik rumah yang terjejas dengan rancangan itu.

Lele berkata, pemilik rumah sedang berusaha mendapatkan pampasan adil bagi memastikan mereka tidak ‘dibuli’ atau ‘dipaksa’ untuk menerima perjanjian berat sebelah yang memihak kepada pemaju.

 Lele Suzana Kudari
Lele Suzana Kudari

Menegaskan bahawa kumpulan itu tidak menentang pembangunan ingin dilaksanakan, Lele berkata, apa yang penting adalah sebarang penilaian atau pampasan kepada pemilik rumah terjejas, mesti memastikan wujud situasi ‘menang-menang’ terhadap semua pihak terbabit.

“Kami tidak tamak. Sebarang bayaran (kepada pemilik rumah) mestilah berbaloi dengan keuntungan diperoleh pemaju selepas selesai pembangunan semula.

“Pemaju diunjurkan mengaut keuntungan besar, jadi di manakah rasionalnya apabila hanya mereka memiliki kelebihan?

“Adakah salah untuk kami sebagai pemilik rumah meletakkan nilai tertentu pada harta kami, bukankah itu hak kami? Jika anda rasa ia mahal dan tidak munasabah, jangan beli atau ambil,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

‘Penggantungan’ itu berlaku selepas Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun baru-baru ini, memberi arahan untuk menangguhkan perintah pengusiran terhadap penduduk yang dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur pada 19 Disember 2022.

Perintah pengusiran itu memberi penduduk masa 30 hari untuk berpindah atau sehingga 19 Januari bagi mengosongkan rumah mereka.

Perintah pengusiran itu memberi penduduk masa 30 hari untuk berpindah atau sehingga 19 Januari bagi mengosongkan rumah mereka namun perintah itu kemudiannya dibatalkan..
Perintah pengusiran itu memberi penduduk masa 30 hari untuk berpindah atau sehingga 19 Januari bagi mengosongkan rumah mereka namun perintah itu kemudiannya dibatalkan..

Bagaimanapun, perintah itu terbatal baru-baru ini, susulan arahan Anwar dan ia berkuat kuasa sehingga perkara itu diselesaikan.

Lele turut menjelaskan bahawa terdapat ‘percanggahan’ dalam perjanjian dibuat pemaju dengan pemilik teres dan unit flat.

“Terdapat juga banyak janji dibuat pemaju, tetapi tiada dokumentasi sesuai untuk menyokong janji ini, menyebabkan ramai pemilik rumah bimbang hak dan kepentingan kami mungkin tidak dilindungi,” dakwa Lele.

Bagi mencari penyelesaian kepada isu yang timbul daripada pembangunan semula itu, jawatankuasa bertindak berkenaan menyerahkan memorandum dengan cadangan penyelesaian masalah terbabit kepada Anwar.

Kandungan memorandum berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan kepada media, dengan Lele menyatakan bahawa Perdana Menteri harus menjadi orang pertama dimaklumkan mengenai butiran lebih terperinci itu.

Bagaimanapun, pokok persoalannya terletak kepada nilai pampasan RM400 sekaki persegi ditetapkan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur yang menjadi pertikaian utama penduduk.

“Terdapat banyak isu timbul daripada pembangunan semula, tetapi kami meminta pampasan adil, dengan penilaian dibuat penilai swasta, berbanding harga ditetapkan (Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur) yang sangat rendah dan tidak adil,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang turut menggesa Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur, mematuhi perintah penggantungan dikeluarkan Anwar.

 Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad

“Saya berharap jabatan itu akan mematuhi perintah penggantungan terbabit dan menghentikan notis pengusiran daripada dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Sebab jika ini berlaku, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa badan kehakiman memandangkan jabatan berkenaan kini, mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah terbabit.

“Perdana Menteri kemudian tidak boleh campur tangan dalam perkara itu kerana ia sudah menjadi hal undang-undang,” katanya.

Malah, Khalid yang memegang jawatan itu di bawah Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan RM1,000 sekaki persegi sebagai harga pampasan asas kepada pemilik rumah terjejas ekoran projek pembangunan semula berkenaan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri, dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru yang menjadi sebahagian daripada proses pengambilan tanah bermula pada 2016.

Kampung Sungai Baru adalah sebahagian daripada 11 bidang tanah membentuk kawasan ikonik Melayu Kampung Baru yang terletak di ibu negara. – The Vibes, 29 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar