web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Akan Bincang Isu Keselamatan Siber, Ekonomi Hijau dan Digital Semasa Lawatan Ke Singapura Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 2:21PM

Zambry Abdul Kadir - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membincangkan isu-isu antara lain mengenai keselamatan siber dan ekonomi digital dalam lawatan rasminya ke Singapura esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada sidang medianya memaklumkan Perdana Menteri juga dijangka membincangkan topik yang lebih sensitif termasuk persempadanan maritim, ruang udara dan bekalan air kepada rakan sejawatannya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

''Dalam jadual lawatannya, Perdana Menteri akan menyaksikan memorandum persefahaman untuk mempromosikan data dan keselamatan siber, ekonomi digital dan dua rangka kerja untuk ekonomi hijau dan digital.

''Lawatan ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperbaiki hubungan dua hala sambil membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua negara.

''Singapura adalah jiran terdekat kita dan juga rakan dagangan kedua terbesar di dunia serta rakan dagangan terbesar di ASEAN, di mana pada 2022 menunjukkan dagangan sebanyak RM367.53 bilion, peningkatan 29.4% jika dibandingkan dengan nilai dagangan pada 2021,” kata Zambry.

Zambry berkata lawatan ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperbaiki hubungan dua hala sambil membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua negara. - Gambar Bernama
Zambry berkata lawatan ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperbaiki hubungan dua hala sambil membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua negara. - Gambar Bernama

Beliau turut menyuarakan harapan agar lawatan Anwar ini akan membuah hasil, di mana ia akan mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa serta meyakinkan lebih banyak pelaburan langsung asing.

Pada masa sama, Menteri Luar menjelaskan beberapa isu yang lebih kompleks akan dibincangkan dengan lebih terperinci apabila Anwar dan Lee bertemu semula untuk pemukiman pemimpin tahunan mereka, yang dihoskan oleh Singapura dalam masa terdekat.

Menurut Zambry, Anwar juga merancang untuk mencari penyelesaian kepada isu lama yang dihadapi oleh Singapura dan Putrajaya.

Beliau berkata, ia juga sejajarnya dengan apa yang dilakukan Anwar sebelum ini ketika mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia dan Brunei, di mana beliau berjanji untuk menyelesaikan isu lama antara Malaysia serta jiran ASEAN, termasuk penjagaan yang lebih baik kepada pekerja Indonesia di Malaysia.

Delegasi Perdana Menteri esok akan disertai isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Zambry; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Primier Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Zohari Openg; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pegawai kerajaan lain. - Getaran, 29 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad