web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jiran Bantu Pindahkan Lelaki ‘Slipped Disc’ Ke PPS Politeknik Mersing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 7:10AM

Noorzihan menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di PPS Politeknik Mersing kelmarin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Seorang lelaki yang terlantar akibat sakit belakang atau slipped disc bernasib baik kerana dibantu jiran-jirannya ketika berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air mula naik di rumahnya di Jalan Sekakap, Kampung Sri Pantai, di sini.

Norliza Abu Bakar berkata suaminya, Noorzihan Yahya, 48, hilang keupayaan untuk bergerak sendiri berikutan kesihatannya semakin merosot kira-kira tiga bulan lepas.

Wanita berusia 41 tahun itu berkata ini merupakan pengalaman pertama dia dan keluarganya berdepan bencana itu dan dipindahkan ke PPS Politeknik Mersing, sejak Selasa lepas.

“Saya baru sampai rumah setelah selesai kerja dan ketika itu hujan, tiba-tiba jiran datang maklumkan untuk mengalihkan kereta kerana air dah mula naik paras buku lali dan hampir masuk ke rumah, kemudiannya mereka hubungi bomba untuk bantu angkat suami.

“Bagaimanapun, air semakin deras dan saya terpaksa dapatkan bantuan daripada jiran untuk mengangkat suami ke kereta, seterusnya ke PPS,”  katanya ketika ditemui Bernama di PPS berkenaan hari ini.

Ibu kepada dua cahaya mata yang bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier itu berkata dia hanya sempat menyelamatkan permaidani, namun barangan lain termasuk perkakas elektrik masih tidak diketahui keadaannya.

“Kami tidak sempat menyelamatkan barangan dan perkakas elektrik kerana memang tak sangka memandangkan kediaman agak tinggi serta ini kali pertama rumah dinaiki air banjir,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa Suria Abdul Rahman, 37, berkata dia tidak sempat menyelamatkan set bilik tidur yang baru dibelinya pada bulan lepas kerana air semakin deras.

“Dalam pukul 2 petang hujan lebat dan air longkang besar depan rumah penuh, lepas asar air dah paras pinggang dekat pintu pagar dan sampai buku lali dalam rumah sebab rumah tinggi sedikit.

“Saya dengan suami hanya sempat meletakkan peti ais dan mesin basuh ke tempat lebih tinggi kerana kami kemas barangan di dapur dan ruang tamu dulu,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Suri rumah itu berharap agar pihak berwajib dapat menyelenggara longkang dan sungai secara berkala bagi mengelakkan kejadian banjir berlaku lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad