Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stadium Perlu Beri Manfaat Kepada Komuniti, Bukan Hanya Untuk Bola Sepak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 7:31PM

Dell Akbar (tiga kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Hamidon di Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah stadium tidak seharusnya digunakan untuk bola sepak semata-mata, tetapi juga perlu ‘berkhidmat’ kepada masyarakat di sekelilingnya, kata mantan pemain bola sepak negara, Datuk Dell Akbar Khan.

Bekas pemain Selangor FC itu berkata, gelanggang baharu kelab tersebut yang akan dibangunkan semula, perlu melihat bagaimana masyarakat sekeliling boleh memanfaatkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang berwajah baharu.

“Anda tidak boleh mementingkan diri sendiri dan hanya meminta untuk diri sendiri. Lihatlah orang di sekitar kawasan itu, bagaimana mereka boleh mendapat manfaat daripada projek tersebut?

“Itulah sebabnya stadium ini direka dengan cara yang turut mengambil kira keperluan keluarga,” katanya kepada The Vibes pada majlis pelancaran jersi Selangor FC yang diadakan semasa sesi penglibatan awam KSSA.

Dell berkata, pelan projek itu yang merangkumi kawasan rekreasi untuk orang ramai juga akan memberi peluang kepada belia untuk melibatkan diri dalam perniagaan.

Kompleks Sukan Shah Alam berwajah baharu yang bakal dibina tidak lama lagi. - Gambar oleh Azim Rahman
Kompleks Sukan Shah Alam berwajah baharu yang bakal dibina tidak lama lagi. - Gambar oleh Azim Rahman

“Terdapat ramai anak muda sekarang yang memiliki gerai ‘pop-up’ dan trak makanan (food truck).

“Sebab itu anda perlu mengimbangi kehendak masyarakat dan bukan hanya fokus kepada bola sepak semata-mata.

“Pemain bola sepak sudah memberikan yang terbaik, jadi mengapa tidak memberikan layanan sama kepada kumpulan lain?” soalnya.

Beliau berkata, padang di stadium baharu yang boleh diubah suai itu juga akan memastikan keadaan rumput sentiasa berada pada tahap terbaik, di samping membolehkan struktur itu digunakan untuk tujuan lain, seperti konsert.

“Selepas perlawanan, padang akan terjejas, jadi anda memerlukan masa untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan.

“Jika anda meletakkan struktur di atas padang untuk konsert atau acara lain, ia akan berada di sana kira-kira seminggu di mana rumput tidak akan mendapat cahaya matahari diperlukan dan akan terjejas,” katanya.

Peminat sukan bola sepak membanjiri ruang legar SACC Mall Shah Alam bagi menyaksikan sendiri Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Stadium Shah Alam. - Gambar oleh Azim Rahman
Peminat sukan bola sepak membanjiri ruang legar SACC Mall Shah Alam bagi menyaksikan sendiri Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Stadium Shah Alam. - Gambar oleh Azim Rahman

Dari perspektif permainan, Dell berkata, pemain Selangor FC mendapat kemudahan pernah dibayangkan pemain semasa era beliau.

“Mereka akan mempunyai bilik persalinan, padang dan suasana lebih baik daripada peminat. Dari perspektif pemain, apa lagi yang anda mahukan?

“Satu-satunya perkara yang tinggal ialah anda sebagai pemain untuk mendapatkan yang terbaik daripada diri anda. Tiada apa lagi yang persatuan boleh berikan kepada anda dari segi persediaan pemain.

“Mereka juga akan mempunyai padang yang tidak akan ditenggelami air. Dulu, kami sering berlari mengelilingi padang yang terasa seperti sawah padi,” katanya.

Sementara itu, penduduk Shah Alam turut senada dengan komen Dell dengan berkata, tumpuan projek terhadap kemudahan bukan berkaitan bola sepak adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

“Memang bagus untuk mempunyai lebih banyak kawasan hijau kerana kami tidak mempunyai banyak taman di Shah Alam.

“Kami sangat teruja untuk mempunyai tempat yang boleh kami pergi untuk lakukan aktiviti rekreasi terbuka (outdoor) dengan semua kemudahan yang sesuai di sekeliling kami,” kata seorang penduduk Shah Alam dikenali sebagai Fisa kepada The Vibes.

Sementara itu, Alif yang juga penyokong Selangor FC berkata, penantian untuk menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi di gelanggang sendiri selepas beberapa tahun terlepas peluang tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

“Saya menetap di sini selama lima tahun. Apabila mengetahui stadium baharu akan dibina di sini tidak lama lagi sudah tentu amat mengujakan.

“Kami berkongsi stadium lain. Saya tidak sabar untuk kembali ke gelanggang yang kita semua boleh panggil sebagai rumah,” katanya.

Bagi menggalakkan maklum balas orang ramai mengenai projek itu, Perbadanan Menteri Besar (MBI) kini sedang menjalankan sesi penglibatan awam untuk KSSA di SACC Mall di Shah Alam. —The Vibes, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Benarkah Batu Kuari HSBL Diguna Untuk Bina Stadium Shah Alam?

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Pendidikan 16 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 7 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran