web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Persekutuan Setuju Salur Dana Baik Pulih IPK Sarawak - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 1:50PM

Fadillah Yusof juga berkata beberapa balai polis turut dikenal pasti dalam keadaan usang serta memerlukan peruntukan kerajaan Persekutuan ialah Balai Polis Matu Daro, Julau dan Song - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan peruntukan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) bagi menambah baik fasiliti balai-balai polis di negeri itu melalui dana Timbalan Perdana Menteri. 

Tanpa menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sebagai contoh, sembilan balai polis dan kuarters di sekitar Kuching memerlukan peruntukan kira-kira berjumlah RM500,000. 

“Kita berharap dengan peruntukan di bawah Timbalan Perdana Menteri ini kita dapat menambah baik keadaan di IPK dan balai polis di negeri ini secepat mungkin dan saya akan salurkan secara terus kepada pihak polis.

“Saya diberi amanat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk melihat kepada infrastruktur Sabah dan Sarawak jadi saya membuat lawatan ke IPK ini untuk mendapatkan taklimat apa yang perlu kita laksanakan untuk menambah baik kemudahan khususnya di kawasan luar bandar,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan rasmi ke IPK Sarawak hari ini. 

Terdahulu, Fadillah menerima taklimat oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang berlangsung kira-kira satu jam. 

Beliau memaklumkan dapatan daripada taklimat berkenaan akan dikongsikan di peringkat Persekutuan melibatkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendapatkan perancangan terperinci dalam membangunkan kemudahan kepada anggota polis di Sabah dan Sarawak.

Fadillah berkata beberapa balai polis turut dikenal pasti dalam keadaan usang serta memerlukan peruntukan kerajaan Persekutuan ialah Balai Polis Matu Daro, Julau dan Song. 

“Ini menjadi tanggungjawab kita (kerajaan) untuk menyediakan kemudahan asas, janganlah sehingga tiada kemudahan yang menyebabkan kita tidak berlaku adil kepada anggota polis. Inilah hasrat Perdana Menteri yang mahukan keadilan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar