web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Isi 50 Peratus Kekurangan Guru Di Sarawak Menjelang Mac 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 1:11PM

KPM akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Pendidikan (KPM) akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu merupakan langkah awal pihaknya bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di Sarawak.

Beliau juga yakin penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.

“Akan ada penempatan baharu (guru) menjelang Mac dan kami akan cuba selesaikan dalam 50 peratus dahulu kerana isu penempatan guru ini bukan sahaja berlaku di Sarawak tetapi negeri-negeri lain yang harus kami selesaikan juga.

“Penempatan guru juga ada kitaran, ada juga guru yang mohon untuk pulang ke negeri asal dan kami perlu bawa guru baharu untuk gantikan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Batu Kawa di sini, hari ini. 

Fadhlina berkata selain isu kekurangan guru, isu fasiliti termasuk membaik pulih sekolah daif menjadi agenda utama KPM di Sarawak.

Pada 26 Jan lepas, Fadhlina berkata usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Feb ini.

Katanya KPM telah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.

Skala enam dan tujuh dalam penilaian infrastruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek