web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Lagi Mangsa Sindiket Penipuan Tawaran Pekerjaan Di Kemboja Selamat Pulang Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 9:12AM

Dengan kepulangan lima orang itu, sehingga kini Wisma Putra telah membawa pulang seramai 346 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lima lagi warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini (27 Januari).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) malam ini, mangsa yang berusia di antara 17 hingga 42 tahun itu turut diiringi oleh seorang pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri dan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengadakan lawatan kerja ke Kemboja mulai hari Selasa (24 Januari).

Dengan kepulangan lima orang itu, sehingga kini Wisma Putra telah membawa pulang seramai 346 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand. 

Kementerian Luar Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kemboja atas kerjasama baik yang telah diberikan dalam usaha mengesan serta menyelamat warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di samping kesediaan menerima lawatan kerja empat hari itu.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai digesa supaya lebih berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan yang diterima daripada sumber-sumber meragukan, termasuk melalui media sosial, aplikasi mudah alih atau secara dalam talian. 

Kementerian Luar Negeri amat memandang serius akan permasalahan ini dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak PDRM dan Kementerian Luar Negeri sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang disyaki menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad