web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yuran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Kekal RM1,500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 4:38PM

Saifuddin berkata setakat ini tiada keperluan untuk mengurangkan atau memansuhkan yuran bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Yuran bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bagi pengambilan pekerja asing yang berada dalam negara ini, kekal RM1,500, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Setakat ini tiada keperluan untuk mengurangkan atau memansuhkan yuran berkenaan,” katanya berhubung kenyataan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), yang meminta yuran atau kompaun rekalibrasi dikaji semula.

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Bernama
Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Bernama

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pada 18 Januari dilaporkan berkata permohonan pengambilan pekerja asing di bawah program RTK 2.0, dibuka mulai 27 Januari sehingga 31 Disember tahun ini, melibatkan lapan sektor yang dibenarkan termasuk pembantu rumah asing yang baru ditambah.

Lapan sektor yang dibenarkan itu ialah perkilangan; pembinaan; perlombongan dan kuari; pengawal keselamatan; perkhidmatan; pertanian; perladangan; dan pembantu rumah asing.

Program RTK sebelum ini tamat pada 31 Disember 2022, diwujudkan bagi menjadikan pendatang tanpa izin yang ada di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang layak dan tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan, menerusi Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Pelaksanaan semula program RTK dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, merupakan antara dua perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 10 Januari.

Saifuddin berkata program RTK itu dilaksanakan, bagi memudahkan majikan mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen di negara ini, tanpa perlu mengambil pekerja dari negara sumber dengan kos lebih murah, kerana tidak perlu membayar agensi pekerjaan untuk membawa masuk pekerja asing baharu.

“Setakat ini tiada perubahan (yuran) dan ia kekal status quo,” katanya.

Saifuddin berkata kerajaan menjana lebih RM700 juta pendapatan menerusi program rekalibrasi  berkenaan, pada tahun lepas.

Beliau berkata sehingga 22 Januari tahun ini, Jabatan Imigresen merekodkan seramai 1,484,677 pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara, dengan Bangladesh yang tertinggi melibatkan 446,229 pekerja, Indonesia (399,827), Nepal (285,768) Myanmar (135,590) dan India (81,002), serta lain-lain. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad