web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembakaran Al-Quran: Ratusan Orang, Termasuk Caprice Berarak Ke Kedutaan Sweden

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 3:16PM

Protes diadakan sebagai bantahan terhadap insiden pembakaran Al-Quran yang dilakukan ahli politik di Sweden, Rasmus Paludan, baru -baru ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 300 orang berarak sejauh kira-kira satu kilometer (km) dari Masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan Sweden di sini, selepas solat Jumaat hari ini, sebagai sebahagian daripada tanda protes terhadap insiden pembakaran Al-Quran dilakukan ahli politik di negara berkenaan, Rasmus Paludan, baru -baru ini.

Protes turut dianjurkan Perikatan Nasional (PN) itu, menyaksikan peserta melaungkan ‘hidup Islam, hidup Al-Quran’ ketika menuju ke kedutaan berkenaan.

Demonstrasi itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di masjid berkenaan, dengan mereka dilihat diketuai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu

Penyanyi rap tempatan, Ariz Ramli atau lebih popular dipanggil Caprice, turut kelihatan dalam kalangan peserta, dengan diiringi anggota Unit Amal sukarelawan PAS yang berpakaian seragam merah marun.

Caprice adalah seorang daripada empat wakil PN yang memasuki kedutaan Sweden dengan kawalan ketat polis untuk menyerahkan memorandum membantah Al-Quran dirosakkan.

Rasmus Paludan menimbulkan kontroversi selepas dia bertindak membakar kitab suci itu di Stockholm, Sweden, sehingga mencetuskan bantahan dan kemarahan global, terutama dalam kalangan umat Islam.

Anggota polis ditugaskan untuk memantau keadaan sepanjang protes diadakan.
Anggota polis ditugaskan untuk memantau keadaan sepanjang protes diadakan.

Faizal berkata, penyertaan peserta itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kejadian terbabit, bukannya disebabkan mereka membenci atau buruk sangka terhadap Sweden.

“Kami tidak mempunyai isu dengan rakyat Sweden, tetapi kami mempunyai masalah dengan tindakan individu yang menyakiti perasaan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Ahli-ahli PAS yang turut menyertai bantahan berkenaan.
Ahli-ahli PAS yang turut menyertai bantahan berkenaan.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang menyertai protes itu turut senada apabila menegaskan, perbuatan merosakkan Al-Quran adalah sama seperti menyakiti tubuh umat Islam.

“Membakar Al-Quran adalah sama seperti membakar diri kami,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang turut menggesa golongan muda untuk melindungi kitab suci berkenaan dengan cara sama mereka menjaga diri sendiri.

Semalam, Kementerian Luar dilaporkan mengadakan pertemuan dengan wakil Sweden untuk menegaskan pendiriannya sekali lagi yang mengecam insiden pembakaran Al-Quran.

Tindakan Rasmus Paludan yang membakar Al-Quran telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Tindakan Rasmus Paludan yang membakar Al-Quran telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Pada masa sama, Ketua Penerangan Pemuda BERSATU, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir bagaimanapun menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil langkah untuk bertemu secara peribadi dengan pihak berkuasa interim itu.

“Jika isu ini sampai ke tahap di mana kita perlu ‘menghantar pulang’ Duta Sweden di sini, kita patut melakukannya.

“Membakar Al-Quran bukan perkara politik. Sepatutnya, parti lain juga harus berada di sini, bukan hanya dari PN,” katanya.

Seramai 300 orang berarak sejauh kira-kira satu kilometer (km) dari Masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan Sweden bagi menyatakan bantahan.
Seramai 300 orang berarak sejauh kira-kira satu kilometer (km) dari Masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan Sweden bagi menyatakan bantahan.

Wakil UmnoSiswa, iaitu sayap pelajar Barisan Nasional (BN), kelihatan hadir ke kedutaan berkenaan, sejurus penunjuk perasaan PN bersurai.

Kumpulan disertai kira-kira 15 pelajar itu termasuk Presidennya, Wan Muhammad Zuhir Ghazali mendeklamasikan beberapa puisi sebelum membakar gambar Paludan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Muhammad Rafique Rashid memberitahu media bahawa parti itu juga sudah menyerahkan memorandum kepada kedutaan berkenaan. – Getaran, 27 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar