Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seminggu Tanpa Air: Pelajar UMS Alami Masalah Bekalan Teruk, Berulang Angkut Baldi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 11:30AM

Pelajar Kolej Kediaman Tun Ahmad Raffae terpaksa pergi ke kedai dobi di bandar Kota Kinabalu kerana masalah gangguan bekalan air di kampus UMS. - Gambar oleh Jason Santos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ribuan pelajar di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, berdepan masalah ketiadaan bekalan air sejak hampir seminggu lalu.

Situasi itu berlaku susulan kawasan menempatkan universiti awam (UA) berkenaan yang terletak di Sepanggar terus dibelenggu masalah kekurangan air.

Daerah kecil itu dilanda gangguan bekalan air dan catuan sejak tiga tahun lalu.

Ia menyebabkan pelajar perlu berjalan ke tangki air dengan membawa baldi untuk menadah air dan mengangkutnya kembali ke asrama mereka.

Manakala untuk air minuman, mereka hanya diberikan dua botol air mineral sehari dengan kapasiti 1.5 liter.

Pelajar berkata, gangguan bekalan air semakin teruk sejak 20 Januari lalu, iaitu dua hari sebelum Tahun Baharu Cina, sehingga memberi kesan kepada kebanyakan asrama.

Asrama paling teruk terjejas adalah Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae yang terletak di hujung bangunan kediaman kampus.

Ia adalah kolej kediaman terbesar UMS yang menempatkan kira-kira 3,600 pelajar pada satu-satu masa.

Walaupun bekalan air terawat dihantar menerusi lori ke tangki air di situ, pelajar memberitahu The Vibes semasa wartawannya melakukan tinjauan ke sana, bahawa sumber bekalan asas itu tidak mencukupi dan ia hanya bertahan selama kira-kira satu atau dua jam.

Seorang pelajar dari Melaka yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, baru-baru ini dia terpaksa menginap di sebuah hotel di bandar ini semata-mata untuk mendapatkan bekalan air mencukupi.

“Kos perjalanan dari UMS ke bandar adalah RM28, manakala bilik hotel berharga RM108 semalam, ditambah saya perlu mencuci pakaian.

“Secara keseluruhan, saya perlu membelanjakan lebih RM200 semata-mata untuk semua urusan ini.

“Saya terpaksa ke bandar lagi hari ini apabila kami dimaklumkan bekalan air tiada di asrama sepanjang hari.

“Bayangkan, kami terpaksa mencuci pakaian dan mandi. Walaupun ada air yang mengalir melalui paip, tekanannya rendah, hanya mereka yang tinggal di tingkat bawah sahaja mendapat air, manakala pelajar di tingkat atas tidak,” kata pelajar tahun satu itu ketika ditemui di asrama.

Rakannya, Aminah memberitahu The Vibes bahawa dia terpaksa menempuh perjalanan sejauh 2.1 kilometer (km) dengan menaiki bas ke 1Borneo Hypermall, semata-mata untuk menggunakan tandas dengan selesa dan mengambil wuduk untuk solat.

“Memang membazir masa dan wang setiap kali tiada bekalan air,” katanya.

Aminah yang berasal dari Selangor turut ‘merungut’ mengenai masalah infrastruktur lain di Sabah sambil menambah walaupun penduduk di situ baik, kemudahannya teruk, menyebabkan dia kesal memilih UMS untuk melanjutkan pelajaran.

“Saya tidak akan belajar ke sini jika saya tahu masalah ini sangat teruk,” katanya.

Masalah sambungan paip, kerosakan akibat projek jalan

Pada masa sama, masalah bekalan air itu turut dialami mereka yang tinggal di luar kampus.

Seorang penduduk perumahan kampus itu, Universiti Apartment yang terletak kira-kira 7.2 km dari UMS, Basri Ahmad berkata, dia dimaklumkan masalah berkenaan berpunca daripada paip antara pangsapuri dan kampus.

Dia berkata, wakil Jabatan Air yang melawat apartmen itu, memberitahunya mengenai masalah penyambungan paip.

“Beliau kata apabila tiada air di sini (pangsapuri), UMS akan ada bekalan air.

“Tetapi jika tiada air di sana (UMS), akan ada bekalan di sini (di pangsapuri),” kata kakitangan universiti itu.

Bagaimanapun, Jabatan Air Sabah gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai perkara itu.

Gangguan bekalan, catuan dan kekurangan air sudah menjadi masalah biasa di Sepanggar selama bertahun-tahun, di samping keadaan jalan tidak baik di daerah itu, dengan kerja pembaikannya yang bermula pada 2017 masih diteruskan.

Kerja pembaikan jalan itu dikatakan menjejaskan bekalan air dan elektrik apabila kontraktor menggali tanah, mengakibatkan kerosakan pada saluran paip serta kabel bawah tanah. - The Vibes, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Mahu Laporan Teliti Berhubung Masalah Bekalan Air Berlarutan Di UMS

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Saintis UMS Catat Sejarah Paling Lama Tinggal Di Antartika Pada Musim Sejuk

4

Semasa 10 bulan yang lalu

UMS Hargai Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air - Naib Canselor

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad