web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebenaran Keluarkan Caruman KWSP Akan Gagalkan Matlamat Penubuhan Tabung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 7:00AM

Gamar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menjejaskan masa depan pencarum jika ia dilakukan tanpa kawalan.

Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ia juga akan menggagalkan matlamat sebenar penubuhan tabung simpanan tersebut yang bertujuan kegunaan pada hari tua.

Menurut beliau, cadangan KWSP berhubung jumlah simpanan yang boleh dianggap selesa iaitu sekurang-kurangnya RM250,000 sepatutnya menimbulkan kebimbangan pencarum.

Jelasnya, ini kerana berdasarkan statistik terkini KWSP hanya terdapat 7.1 juta pencarum aktif ketika ini dengan 6.3 daripadanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

“Kalau dikira tak sampai satu juta pencarum yang ada baki lebih RM10,000 di dalam KWSP masing-masing, sedangkan sasaran tabung tersebut untuk bersara dengan selesa pada usia 60 tahun, mereka perlu ada sekurang-kurangnya RM250,000.

“Pastinya golongan yang mempunyai baki melebihi jumlah tersebut adalah golongan T20 dan sebilangan kecil M40,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, terdapat pelbagai implikasi akan menimpa bukan saja ke atas KWSP malah pencarum itu sendiri, jika pengeluaran wang caruman terus menerus diberikan.

Tegas beliau, kesan yang terpaksa ditanggung oleh KWSP adalah mereka terpaksa mencairkan dana untuk membayar pencarum dengan menjual pelaburan sedia ada dalam keadaan pasaran saham dan pertukaran matawang asing masih lemah, manakala faedah diperoleh pula tidak menentu.

“KWSP akan menanggung kerugian jika terpaksa menjual pelaburan yang mereka ada pada masa sekarang. Ia juga akan menjejaskan pencarum itu sendiri kerana faedah diperoleh akan berkurangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, kesan jangka panjang turut akan dirasai oleh pencarum kerana mereka akan hilang peluang untuk menggandakan simpanan sedia ada.

“Matlamat penubuhan KWSP adalah untuk memberi faedah berganda kepada pencarum agar mereka bersara dalam keadaan selesa, namun jika sebahagian wang tersebut diambil ia menggagalkan matlamat tersebut.

“Pencarum akan kehilangan banyak insentif sedangkan caruman mereka hanya sekadar 11 peratus dan ditambah caruman oleh majikan pada kadar 13 peratus tanpa dikenakan cukai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui pengeluaran wang KWSP berupaya memberi impak positif terhadap ekonomi negara walaupun ia hanya bersifat sementara.

Untuk jangka masa panjang katanya, kesan ditanggung KWSP dan pencarum lebih teruk berbanding impak positif tersebut.

“Saya tahu pasti ramai tidak bersetuju dengan perkara ini dengan alasan saya tidak berada di tempat mereka, namun secara peribadi berdasarkan prinsip pelaburan, saya tidak bersetuju jika pengeluaran KWSP sekali lagi dibenarkan,” katanya.

Bagaimanapun, Barjoyai berkata, kerajaan perlu teliti dengan sedalamnya sebelum memberi sebarang keputusan berhubung desakan tersebut.

“Jika seseorang itu benar-benar perlukan pengeluaran tersebut mereka seharusnya diberi kaunseling untuk mengetahui masalah sebenar dihadapi.

“Kerajaan perlu membuat keputusan berdasarkan kepentingan genting setiap penyimpan, contohnya untuk membayar hutang rumah atau hutang sewa rumah yang mana jika tidak dilangsaikan mereka akan menjadi gelandangan,” katanya.

Mutakhir ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) serta Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Berdasarkan kedua-dua NGO tersebut, pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar