web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


200 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Panjang Terbakar Di Limbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:27PM

Kebakaran di rumah panjang di Medamit, Limbang telah mengakibatkan lebih 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang. - Gambar dari Facebook Borneo Network

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Lebih 200 penduduk di sebuah rumah panjang di Medamit, Limbang, kira-kira 588 kilometer ke utara dari sini tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata panggilan kebakaran Rumah Panjang Rantau Kiran sepanjang 39 pintu itu diterima pada 6.48 pagi dan satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang serta Bomba Sukarela Kampung Medamit berdekatan kawasan kejadian telah digerakkan ke lokasi.

"Tindakan pasukan bomba bagi mengawal dan memadam kebakaran adalah menggunakan air dari tangki jentera bomba. Pasukan bomba mengalami kesukaran memadam api kerana tiada pili bomba yang berdekatan lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba seterusnya menggunakan air dari tangki domestik rumah panjang tersebut bagi memadam kebakaran, selain mengepam air dari sebuah kolam berhampiran sebelum api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira 12.43 tengah hari.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek