web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Pandang Serius Penjualan ‘Tiger Pod’ Secara Berleluasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 1:34PM

KKM bimbang dengan aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan vape menyerupai permainan kanak-kanak atau “Tiger Pod” yang kini semakin berleluasa. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dan kesal isu penjualan rokok elektronik atau vape di hadapan sebuah sekolah yang tular baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM juga mendapat maklumat, aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan vape menyerupai permainan kanak-kanak atau “Tiger Pod” yang kini semakin berleluasa.

“Perkara itu amat membimbangkan ibu, bapa dan guru kerana produk tersebut direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya.

 Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa

“Lebih membimbangkan ialah apabila rokok elektronik atau vape ini menggunakan cecair bernikotin, yang penjualannya adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.

“Menyedari bahawa Akta Racun 1952 tidak mempunyai peruntukan terhadap larangan aktiviti promosi dan pengiklanan cecair rokok elektronik atau vape, maka peruntukan tersebut telah dimasukkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang lebih bertujuan mengawal selia penghasilan produk tersebut. 

“Ia sudah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen Ogos 2022 dan pelaksanaan terhadapnya masih tertangguh hingga kini,” katanya.

Tegas beliau lagi, penyelesaian terhadap penjualan produk yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda seperti ‘Tiger Pod’ memerlukan kerjasama pelbagai kementerian.

“Kerjasama tersebut antaranya membabitkan agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata, pengusaha vape juga harus mengambil sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam menghasilkan produk mereka. 

“Ibu-bapa juga diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka,” katanya.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, KKM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), universiti awam dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti advokasi dan pencegahan.

Katanya, ia bagi memastikan pendidikan berterusan berkaitan bahaya merokok dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. - Getaran, 25 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad