Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Tiada Diskriminasi Agama, Bengkel SPM Itu Untuk Semua Calon’ - KPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 8:27PM

KPM memaklumkan siasatan mendapati bengkel itu adalah bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum, dapat membuat persediaan menjelang SPM. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati tidak berlaku isu diskriminasi terhadap semua calon yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor, seperti didakwa pihak tertentu.  

Menerusi kenyataannya, KPM memaklumkan, siasatan mendapati dakwaan kononnya pihak pengurusan sekolah itu menganjurkan Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM dengan hanya membabitkan pelajar daripada agama tertentu, adalah tidak benar.

Katanya, hasil siasatan itu berdasarkan maklum balas awal dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor berhubung penganjuran bengkel berkenaan, selain justifikasi mengenai dua siri program terbabit.

“KPM merujuk kepada satu hantaran di Twitter mengenai penganjuran Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM oleh SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor.

“Sebagai makluman, bengkel tersebut diadakan atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru yang menganjurkan dialog prestasi, kemudiannya disusuli dengan bengkel tersebut oleh pihak sekolah.

“Ia adalah kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS),” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, KPM berkata, laporan awal mendapati, bengkel tersebut satu daripada pelbagai perancangan pihak berkaitan, bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum, dapat membuat persediaan menjelang SPM.

Jelasnya, pada 19 dan 20 Januari lalu, Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM untuk calon itu dilaksanakan di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 orang calon yang gagal Bahasa Melayu dan Sejarah serta calon GALUS (gagal lulus) beberapa mata pelajaran lain.

KPM memaklumkan, bengkel dilaksanakan itu diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut Tahun Baharu Cina.

“KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan itu bagi calon lain juga sudah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari ini di hotel sama,” katanya.

Mengulas lanjut, KPM berkata, pihak kementerian itu tetap akan mempertingkatkan prestasi komunikasi, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Pendidikan adalah elemen utama yang merentas setiap kaum, agama dan bangsa. Proses dan carta alir penganjuran program oleh pihak sekolah adalah antara aspek sering diberi penekanan.

“KPM memohon kerjasama agar ibu bapa dan masyarakat terus menghubungi pihak kementerian ini melalui platform rasmi, sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah, terutamanya yang melibatkan murid.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan,” katanya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan, segelintir ibu bapa pelajar bukan Islam melahirkan kebimbangan terhadap pengurusan sekolah milik kerajaan yang terdiri daripada semua pelajar perempuan itu, selepas didakwa mengadakan bengkel SPM khusus untuk murid Islam berprestasi rendah.

Perkara berkenaan diketengahkan pengguna Twitter, Anne Louis semalam, dengan mendakwa bengkel dua hari satu malam itu diadakan di sebuah hotel, baru-baru ini.

Dakwanya, institusi pendidikan disenaraikan sebagai antara sekolah berprestasi tinggi negara itu, pada awalnya mengatakan bengkel terbabit hanya dikhususkan kepada pelajar Islam kerana akan memfokuskan kepada Pendidikan Islam.

Bagaimanapun, katanya, bengkel itu merangkumi beberapa mata pelajaran kritikal, termasuk Kimia dan Matematik Tambahan, sekali gus mencetuskan kemarahan ibu bapa dan pelajar bukan Islam. - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Sukan 12 jam yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ