web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Selamat: 1,445 Kemalangan Hari Kelima, Pengguna Dinasihat Terus Berwaspada

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 9:22AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman merekodkan sejumlah 1,445 kemalangan jalan raya di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19.

Menerusi kenyataannya, JSPT berkata, berdasarkan statistik kemalangan mengikut kenderaan, motokar mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,310 kes, disusuli pacuan empat roda (230), motosikal 144 dan lori (17).

Katanya, bas pula mencatatkan 11 kes, manakala van (9), teksi (2) dan ambulans (1).

“JSPT menasihatkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat kemalangan,” menurut kenyataan dikongsi di Facebook.

Terdahulu, Pengarah JSPT PDRM, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, Op Selamat yang dilaksanakan di seluruh negara pada 18 hingga 27 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina, adalah bagi melancarkan lalu lintas dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“PDRM ingin menegas serta menjelaskan bahawa dalam tempoh 10 tahun Op Selamat dilaksanakan, satu daripada fokusnya adalah untuk melancarkan lalu lintas, meminimumkan kes kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah,” katanya.

Mat Kasim berkata, operasi itu turut dilaksanakan di kawasan hotspot yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan kembali semula, selepas tamat musim perayaan nanti.

“Petugas PDRM juga ditempatkan di lokasi dikenal pasti bagi tujuan bantuan dan keselamatan pengguna.

“Seluruh jentera PDRM di lapangan melibatkan anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) serta rondaan bit diatur gerak secara holistik dan sistematik, bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan negeri serta perbandaran,” katanya.

Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan menggunakan pendekatan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, selain meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Inisiatif dilaksanakan itu sebagai langkah pencegahan kemalangan dan memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya.

Malah, usaha berkenaan bertujuan mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. - Getaran, 24 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad