web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Kerja Anwar Ke Brunei Fokus Hubungan 2 Hala, Perdagangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:56PM

Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula esok ke Brunei bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan perdagangan antara Malaysia dengan negara berkenaan - Gambar Fail

oleh

G. Surach

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula esok ke Brunei bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan perdagangan antara Malaysia dengan negara berkenaan.

Menteri Luar Negara, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan ia adalah lawatan kedua Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Selain Zambry, Anwar akan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan dijangka tiba di negara itu pada jam 3.25 petang.

“Tengku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah dijangka akan mencemar duli menyambut ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei,” katanya pada sidang media di negara berkenaan hari ini.

Perdana Menteri kemudian dijadual menghadiri makan malam bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Brunei pada sebelah petang.

Difahamkan, terdapat sekitar 25,000 rakyat Malaysia di Brunei dengan sebahagian besarnya bekerja di sektor perkhidmatan.

Anwar turut dijangka menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diikuti dengan pertemuan empat mata dan santapan diraja di Istana Nurul Iman.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, kemudian akan mengiringi Sultan Brunei untuk menyaksikan upacara menandatangani kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan Lembaga Pelaburan Brunei, sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Zambry secara ringkas berkata, majlis tersebut dijangka memberikan tumpuan kepada pelaburan bersama.

Dalam pertemuan berkenaan, katanya, isu membabitkan pemimpin sayap kanan Sweden, Rasmis Paludan yang membakar Al-Quran di Stockholm dijangka turut dibincangkan.

Malah, Zambry memaklumkan, beliau akan membangkitkan isu tersebut dengan rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Setiausaha Kementerian Luar Negara, Datuk Seri Amrin Mohamed Zain.

Pada 2022, Brunei adalah negara Ke-26 terbesar di dunia dalam sektor perdagangan dengan Malaysia dan keenam di Asean dengan jumlah RM13.2 bilion. - The Vibes, 23 Januari 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad