web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jambatan Bagan Datuk-Sejagop Dijangka Siap Menjelang Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 9:11PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya dijangka boleh menggunakan laluan sejauh 10.5 kilometer (km) dan jambatan merentasi sungai Perak sepanjang 1.5km yang merupakan projek ikonik di Perak itu, pada 20 April depan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Projek pembinaan laluan jambatan Bagan Datuk-Sejagop di sini yang menghubungkan pekan Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah dijangka siap menjelang Aidilfitri tahun ini. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya dijangka boleh menggunakan laluan sejauh 10.5 kilometer (km) dan jambatan merentasi sungai Perak sepanjang 1.5km yang merupakan projek ikonik di Perak itu, pada 20 April depan.

“Kita harap projek ini siap sepenuhnya bagi memberi kemudahan bukan sahaja kepada penduduk Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk, tetapi penduduk Manjung dan seluruh Perak untuk ke Kuala Lumpur.

“Apabila siapnya jambatan dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) ini, perjalanan dari daerah ini ke Kuala Lumpur dijangka dapat dijimatkan dengan hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke tapak pembinaan projek jambatan itu, di sini hari ini.

Menurutnya projek bernilai kira-kira RM400 juta itu yang bermula pada akhir 2016, sepatutnya siap pada Oktober 2020 tetapi berlaku kelewatan atas beberapa faktor terutama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19, selain kenaikan kos bahan binaan, masalah pekerja dan faktor iklim. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata projek berkenaan kini sudah siap 97 peratus dan diyakini dapat memberi kesan jangka panjang bagi pembangunan kawasan sekitar khususnya dari segi menarik pelabur dalam dan luar negara.

“Saya telah mengadakan perbincangan untuk membina beberapa kilang di sini. Insya-Allah, kira-kira 4,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan pada peringkat awal ini dan menjelang 2030 akan ada banyak lagi pelaburan.

“Ini juga sudah tentu akan menggalakkan pembangunan lain seperti bangunan komersial dan perumahan kerana ada kuasa beli daripada mereka yang bekerja di sini,” katanya. 

Menurutnya secara tidak langsung ekonomi daerah Hilir Perak yang merupakan kawasan ke-12 dan mukim termiskin di Perak dapat dipertingkatkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad