web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Gembira ' Kembali' Ke Wisma MCA Sempena Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 12:54PM

Anwar dan Dr Wan Azizah hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA, di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini 'kembali' ke Wisma MCA selepas lebih 25 tahun, bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama MCA.

Anwar yang kelihatan gembira ketika hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina itu berkata beliau menghargai undangan MCA ke majlis berkenaan, selepas komponen Barisan Nasional (BN) itu kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Anwar berbual dengan Wee Ka Siong ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.
Anwar berbual dengan Wee Ka Siong ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.

“Terima kasih kepada Presiden (MCA) Datuk Seri Wee Ka Siong kerana menjemput saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), memang sudah lama, sudah lebih 25 tahun,” katanya selepas hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.

Turut hadir isterinya Dr Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Hadir sama Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa menteri Kabinet.

Anwar bersama Dr Wan Azizah, Ahmad Zahid dan Wee Ka Siong menggaul Yee Sang, iaitu Yee Sang yang merupakan antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baharu Cina.
Anwar bersama Dr Wan Azizah, Ahmad Zahid dan Wee Ka Siong menggaul Yee Sang, iaitu Yee Sang yang merupakan antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baharu Cina.

Anwar berkata ruang perpaduan bersama MCA kali ini, akan dimanfaatkan bagi menumpukan usaha menangani isu pembangunan dan ekonomi negara bersama komponen itu.

Sementara itu Ahmad Zahid menyifatkan ‘kembalinya’ Perdana Menteri ke Wisma MCA bagi bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, sebagai petanda baik perpaduan yang lebih erat akan terjalin antara semua bangsa di Malaysia.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan, kita perlu menerima hakikat landskap politik baharu telah terbina, kita harap MCA akan menjemput Perdana Menteri setiap tahun,” katanya.

“Ia juga membawa mesej negara harus dibangun semula dengan situasi pasca pandemik (COVID-19) dan kita takkan boleh lakukan jika tiada kesepaduan sesama kita,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar