web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tumpu Ekonomi Manusiawi, Tamatkan Kaedah Lama Penentuan Taraf Hidup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 6:10PM

Perdana Menteri berkata, beliau mahu menamatkan kaedah lama untuk menentukan taraf hidup rakyat dengan hanya melihat kepada aspek keghairahan itu, termasuk daripada sudut pertumbuhan ekonomi sahaja - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Keghairahan menyebut angka pertumbuhan ekonomi, pelaburan asing dan sebagainya tanpa menekankan kesan kepada masyarakat keseluruhannya, tidak akan membantu untuk menentukan taraf hidup rakyat, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau mahu menamatkan kaedah lama untuk menentukan taraf hidup rakyat dengan hanya melihat kepada aspek keghairahan itu, termasuk daripada sudut pertumbuhan ekonomi sahaja.

“Kita sebut umpamanya kadar inflasi empat peratus, inflasi makanan tujuh peratus, kita sebut (kadar) pengangguran. Namun pengangguran belia dan wanita jauh lebih tinggi atau kadar kemiskinan tegar yang menurun, meminjam kata-kata Albert Einstein, semua yang boleh dikira tidak semestinya dikira, segala dikira tidak semestinya boleh dikira.

“Maknanya jika ada rakyat yang termasuk dalam kategori miskin tegar, mereka tidak akan terpukau dengan angka, mereka akan bergelut dengan permasalahan hidup.

“Jika anak muda yang menganggur, mereka tidak akan terpukau dengan angka kadar pengangguran menurun kerana tidak ada jaminan masa depan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Amanat Perdana Menteri Membangun Malaysia Madani di sini, hari ini.

Anwar berkata, ia adalah sebab mengapa beliau amat menekankan mengenai ekonomi manusiawi kerana ia akan menolak prinsip ‘unbridled capitalism’ yang sedikit sebanyak diamalkan kerajaan sejak dahulu.

“Prinsip tersebut adalah golongan maha kaya yang terpilih itu menguasai hampir dalam semua bidang di negara kita. Seolah-olah kita dengan seluruh jentera kita tidak ada keupayaan mengenalpasti syarikat baru atau kelompok baru dilatih diangkat bersama supaya diperluaskan peluang bagi mereka menguasai,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, penswastaan adalah satu lagi contoh rompakan terus menerus yang berlaku ketika ini.

Menurutnya, dalam sistem yang tidak adil atas nama penswastaan atau apa saja jika tidak dikawal dengan kekuatan politik telus dan tatakelola baik, akan menyebabkan rompakan tersebut terus berlaku.

“Setiap minit kegunaan air dan elektrik umpamanya akan menyebabkan rompakan kecil berterusan setiap minit, setiap bulan, setiap tahun, sebab itu sokongan dasar kita itu harus menjamin sokongan kepada pemodal supaya dapat dijalankan kegiatan ekonomi dengan baik, tapi jangan menyebabkan penekanan, sengsara bagi rakyat di bawah,” katanya.

Tegas beliau, idea tersebut bukanlah suatu yang baru, sebaliknya ia pernah dibukukannya sekitar 23 tahun lalu menerusi penulisan bertajuk ‘Asia Renaissance’.

“Saya sebut di antara lain asas ekonomi manusiawi yang harus faham dalam konteks madani sekarang, adalah falsafah pembangunan holistik dan menyeluruh, berpandukan keprihatinan etika dan sosial serta berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan.

“Maknanya mengurus ekonomi sedemikian dengan mengambil kira faktor dimensi manusiawi atau dimensi insan, tidak ada kemanusiaan insan, kalau kita memilih untuk mencemuh sesama kita berdasarkan warna kulitnya atau daerahnya kerana madani itu menuntut kita punyai nilai dan etika, selain memuliakan dan mengangkat martabat insan,” jelasnya.

Walaupun idea itu sudah lama diperkenalkannya, Anwar percaya ia masih kekal relevan untuk mendepani tahun 2023 sebagai satu pendekatan bagi menyelamatkan negara. - Getaran, 19 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar