web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suruhanjaya Kanak-Kanak Laksana 4 Fungsi, ‘Kerajaan Sentiasa Prihatin…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 11:00AM

Suruhanjaya Kanak-Kanak itu juga berfungsi menasihati kerajaan berhubung obligasi antarabangsa di bawah Convention on the Rights of the Child (CRC) dan lain-lain perjanjian antarabangsa yang berkaitan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang dipersetujui Kabinet semalam akan melaksanakan empat fungsi dalam melindungi dan memelihara kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, suruhanjaya itu akan mempromosi kesedaran dan pendidikan terhadap hak kanak-kanak kepada kerajaan dan orang awam serta menasihati dan membantu kerajaan dalam menggubal perundangan, arahan pentadbiran dan prosedur serta mengesyorkan tindakan yang perlu diambil.

Menurut beliau, ia juga berfungsi menasihati kerajaan berhubung obligasi antarabangsa di bawah Convention on the Rights of the Child (CRC) dan lain-lain perjanjian antarabangsa yang berkaitan serta mengadakan inkuiri serta menjalankan penyiasatan terhadap aduan mengenai pelanggaran hak kanak-kanak.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri kerana bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak (Children’s Commission) iaitu sebuah badan berkanun yang bebas untuk melindungi dan memelihara golongan itu.

“Kerajaan sentiasa prihatin tentang kebajikan, kesejahteraan dan perlindungan kanak-kanak. Masalah penganiayaan, eksploitasi, jenayah seksual dan pencabulan hak asasi terhadap golongan itu memerlukan tindakan yang pantas dari kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, Pesuruhjaya Kanak-kanak juga akan menerajui proses penubuhan suruhanjaya itu melalui penggubalan Akta yang khusus sepanjang tempoh pelantikannya.

Katanya, pengumuman Pesuruhjaya Kanak-kanak itu akan dilakukan selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sejajar dengan seksyen 5 (2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Semalam, kerajaan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak.

Perdana Menteri berkata, pelantikan berkuatkuasa serta-merta itu, berfungsi sebagai satu cabang khas bersifat 'autonomous' berada bawah SUHAKAM.

"Kita sudah putuskan, maknanya kena wujud segera. Nama (pesuruhjaya) diumumkan tetapi saya minta supaya menteri berkenaan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berikan secara cerakin," katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran