web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nur Jazlan Saran KJ, Hishammuddin ‘Test Market’ Tanding Naib Presiden

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 4:48PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dicadangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi melihat sejauh mana sokongan akar umbi terhadap mereka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia susulan ketidakpuasan hati kedua-dua pemimpin tersebut selepas Perhimpunan Agung UMNO meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Dalam nada sinis Nur Jazlan berkata, beliau percaya bukan saja ahli UMNO malah orang luar juga pastinya ternanti-nanti pertembungan ‘epik’ jawatan tiga Naib Presiden, untuk mengetahui tahap populariti ‘jagoan’ UMNO berkenaan.

“Saya nak cadangkan juga kepada mereka yang nak sangat bertanding jawatan, bolehlah try (cuba) masukkan nama untuk merebut tiga kerusi Naib Presiden yang sedia untuk dicabar. 

“Mungkin (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) boleh bersedia mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sekarang. Hishamuddin pun boleh juga test market adakah dia benar-benar popular dalam kalangan ahli akar umbi dan perwakilan. 

“Khairy pula boleh juga cuba nasib di kerusi Naib Presiden itu selepas pernah kalah dalam perebutan kerusi Presiden pada 2018,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran panjang lebar tersebut, Nur Jazlan juga menempelak Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad kerana berani bersuara dalam isu berkenaan.

Tegasnya, beliau selaku Timbalan Pengerusi UMNO Johor tidak pernah dipanggil menghadiri mesyuarat untuk membincangkan ketetapan UMNO negeri berhubung isu berkenaan.

“Selama ini dia hanya ambil sikap kunci mulut dan tak keluarkan kenyataan apa-apa mengenai pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu. Tahu-tahu saja, wakil UMNO Johor, (Datuk) Pandak Ahmad ketika berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden dengan tegas mengatakan UMNO Johor mahu dua jawatan itu dipertandingkan. 

“Kenapa keputusan dibuat tanpa berbincang atau maklumkan kepada pucuk pimpinan UMNO Johor yang lain? Adakah tindakan itu juga boleh dianggap sebagai demokrasi?,” soalnya.

Pada masa sama, Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut membidas tindakan Ismail Sabri kerana disifatkan sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ dalam isu sama.

“Naib Presiden UMNO sendiri yang juga PM9 (Perdana Menteri Kesembilan) buat lain cakap lain. Ketika proses pengundian usul itu dibuat, dia boleh pula berdiri dan sokong tapi bila keluar dewan, dia buat pula sidang media dan mempertikaikannya. 

“Sepatutnya kalau dah setuju tu duduk diam saja dan kalau tak setuju, jangan duduk gatal-gatal nak bangun dan sokong,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad