web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM109,000 ‘Lesap’ Dari Kereta, Netizen Pertikai Tindakan Guru Besar 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 8:00PM

Netizen meluahkan rasa curiga terhadap tindakan pegawai sekolah terbabit yang mungkin melanggar SOP KPM berhubung pengendalian wang tunai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Susulan laporan RM109,000 dilarikan dari kenderaan seorang guru besar, netizen meluahkan rasa syak wasangka terhadap tindakan pegawai sekolah terbabit yang mungkin melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung pengendalian wang tunai.

Awal hari ini, Bernama melaporkan guru besar dari Semenyih itu mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang kemudiannya diletakkan di dalam beg dekat tempat duduk penumpang hadapan kenderaannya.

Guru besar terbabit yang berhenti di sebuah restoran untuk minum, kembali ke kenderaannya dan mendapati cermin depan pecah serta beg wang tunai itu dicuri.

Insiden itu menyebabkan netizen merujuk kepada garis panduan KPM pada 2012 berkaitan bantuan kewangan untuk sekolah, terutama prosedur berkaitan pengeluaran wang tunai dalam jumlah yang besar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut mengulas insiden itu dengan menegaskan terdapat pelanggaran SOP kewangan sewaktu pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang dilarikan individu dalam satu kejadian di Beranang, Selangor semalam.

“Kita ambil serius kerana kehilangan ini melibatkan jumlah yang cukup besar dan SOP kewangan telah dilanggar, kita ada SOP yang ketat bahawa (pengeluaran wang) lebih RM10,000 mesti ada pengiring, ini kan pula satu jumlah yang amat besar.

“Kita sedang menunggu laporan polis dan JPN Selangor, kemudian kita umumkan tindakan yang akan diambil,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Chepor di sini, hari ini.

Berdasarkan bahagian 6 garis panduan terbabit, pengeluaran sehingga RM10,000 oleh guru besar mesti diiringi sekurang-kurangnya dua orang guru.

Bagi pengeluaran lebih RM10,000, guru besar dinasihatkan supaya mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan pengiring polis.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, guru besar itu tidak meminta pengiring polis ketika mengeluarkan wang dari sebuah bank di Semenyih.

Katanya, berdasarkan kenyataan guru besar berusia 50 tahun itu, adalah perkara biasa baginya melakukan transaksi tanpa pengiring polis dan dia sudah melakukannya selama 10 tahun.

Seorang netizen, @faisal_mn_, beranggapan kejadian itu mungkin ‘dirancang terlebih dahulu’, menunjukkan bahawa seseorang yang membawa sejumlah besar wang tunai tidak seharusnya membuat ‘pit stop’ yang tidak dirancang.

“Anda tahu anda akan mengeluarkan wang tunai RM100,000. Anda tidak sepatutnya berhenti di mana-mana tempat, selain daripada sekolah sejurus selepas mengeluarkan duit.

“Tambahan pula, RM100,000 memerlukan sekurang-kurangnya empat orang di dalam kereta,” katanya.

Seorang lagi pengguna Twitter berpendapat, guru besar itu mungkin cuai dan dia juga perlu disiasat.

“Guru besar harus disiasat kerana kecuaian dan mungkin kecurian,” kata @boisonberry99.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @play3r_two mempersoalkan mengapa SOP bantuan awal persekolahan memerlukan pengeluaran tunai ketika pendepositan ke dalam akaun penerima adalah pilihan yang lebih selamat untuk sekolah.

“Kenapa wang tunai mesti diberikan melalui sekolah? Tidak bolehkah mereka memasukkannya ke dalam akaun ibu bapa?

“Sekolah juga membazir wang dengan melakukan upacara pemberian wang tunai,” katanya.

Terdahulu Mohd  Zaid memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 12.17 tengah hari daripada guru besar terbabit.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – The Vibes, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Sudah Serah Wang Saman, Tindakan Mahfuz Minta Bayaran Hanya Mahu Populariti’ - Sanusi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Angkara Pemandu Positif Dadah, Guru Besar Maut Motosikal Dirempuh

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bukan Duit Kontraktor! Gaji Pemain JDT Dibayar Penaja, Saya Dan Ayahanda

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan