web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angkara Pemandu Positif Dadah, Guru Besar Maut Motosikal Dirempuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:36PM

Nahas melibatkan motosikal jenis Yamaha NVX, Perodua Kelisa dan Perodua Myvi itu berlaku di kenderaan di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh - Machang - Gerik pada jam 4.30 petang semalam - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Usaha murni seorang guru besar yang mahu menyampaikan sumbangan kepada anak yatim berkubur di tengah jalan, apabila dia maut dalam nahas jalan raya petang semalam.

Lebih menyayat hati, kemalangan itu berlaku kerana motosikal ditunggang mangsa dirempuh seorang pemandu yang positif metamfetamin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55 sedang menyertai konvoi bermotosikal sewaktu kejadian.

Menurut beliau, nahas melibatkan motosikal jenis Yamaha NVX, Perodua Kelisa dan Perodua Myvi itu berlaku di kenderaan di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh - Machang - Gerik pada jam 4.30 petang semalam.

“Mangsa yang meninggal dunia di lokasi menyertai konvoi itu untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Machang, sempena Ramadan.

“Siasatan awal mendapati, Perodua Kelisa yang dipandu seorang gadis berusia 20 tahun dirempuh pemandu Myvi yang positif dadah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Rempuhan tersebut jelas Zaizul, menyebabkan Perodua Kelisa itu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa. 

“Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala pemandu Perodua Kelisa terbabit mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu Perodua Myvi pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia ditangkap untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, Perodua Myvi itu juga ditahan untuk pemeriksaan dan polis turut merakam percakapan saksi bebas.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - Getaran, 15 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar