web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Defendan Kes Saman Malu Naz Carpentry Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 9:00AM

Permohonan maaf Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi yang disiarkan melalui laman Instagram @houseofsix.my. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - SomethingBorrowed by Nawal Enterprise membuat permohonan maaf secara terbuka kepada syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry berhubung kes saman fitnah pengubahsuaian rumah hos rancangan televisyen, Awal Ashaari.

Defenden kedua dan ketiga iaitu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagram @houseofsix.my seperti yang dipersetujui untuk penyelesaian kes berkenaan.

“Berkenaan dengan posting yang saya muat naik di Instagram saya mengenai Naz Carpentry, saya difahamkan bahawa terdapat perselisihan antara Awal Ashaari dan pihak Naz Carpentry yang mana sebagai pihak ketiga, saya tidak seharusnya melibatkan diri dalam perbalahan atau perselisihan faham tersebut.

“Oleh yang demikian, pernyataan saya berhubung Naz Carpentry tersebut salah dan dibuat berdasarkan cakap dengar tanpa usul selidik.

“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterangan tersebut dan menyesal atas tindakan saya yang memuat naik keterangan terhadap Naz Carpentry tanpa sebarang usul periksa.

“Saya juga dengan ini menyatakan bahawa pernyataan tersebut dibuat atas kekhilafan saya sendiri dan saya menarik semula pernyataan saya dan membuat aku janji tidak akan membuat apa-apa pernyataan terhadap Naz Carpentry selain akan lebih berhati-hati dalam membuat apa-apa keterangan terhadap mana-mana pihak pada masa akan datang,” kata kedua-dua plantif terbabit.

Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah tersebut tanpa melalui proses mahkamah.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry memfailkan saman menuntut ganti rugi RM3 juta dari Awal Ashaari, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi berhubungan hantaran dan kenyataan fitnah berkaitan dakwaan yang menjatuhkan reputasi syarikat hiasan dalaman tersebut.

Plaintif mendakwa Awal Ashaari membuat pelbagai kenyataan fitnah bermula dari November 2019 hingga ke November 2020 yang telah diterbitkan oleh defendan menerusi Instagram atas nama @awalashaari yang mempunyai 4.7 juta pengikut dan laman YouTube dengan nama SchAwal yang mempunyai 42,700 pengikut ketika itu.

Hantaran dan kenyataan tersebut turut disiarkan pelbagai pihak.

Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi telah menyiarkan semula salah satu daripada kenyataan yang dibuat oleh Awal Ashaari di ‘Instagram story’ atas nama @houseofsix.my yang mempunyai hampir 6,000 pengikut.

Naz Carpentry mendakwa imej, reputasi dan jenama perniagaan mereka rosak, malah turut mengalami kerugian apabila pelanggan serta pengguna media sosial mempercayai kenyataan yang telah diterbitkan, seterusnya memberi tanggapan bahawa plaintif adalah sebuah syarikat yang tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Sementara itu, peguam Naz Carpentry, Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Advocates and Solicitors berkata hantaran tersebut memberi kesan negatif ke atas reputasi perniagaan dan nilai pasaran Naz Carpentry.

“Anak guam kami menyambut baik permohonan maaf daripada defendan Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi, dan kini, jenama Naz Carpentry telah dipulihkan. Dengan permohonan maaf ini, ia jelas apa yang telah dikongsikan oleh defendan kedua dan ketiga adalah fitnah dan berita palsu.

“Saya juga menasihatkan semua pihak yang tidak berkenaan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes fitnah ini masih berlangsung ke atas defendan pertama iaitu Awal Ashaari,” katanya.

Bagaimanapun jumlah pampasan yang dipersetujui kedua-dua pihak tidak didedahkan kepada umum. - Getaran 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad