web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Bersedia Bina Pusat Kanser Menjelang Akhir Tahun Ini - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 7:08AM

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun in jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bercakap pada majlis jamuan malam Ulang Tahun ke-20 Pusat Jantung Sarawak, di sini, malam ini, beliau berkata pusat itu akan menyumbang kepada penjagaan kesihatan wilayah ini dan memenuhi keperluan pesakit kanser dari Sarawak, Sabah dan negara jiran.

“Saya tahu (untuk membina pusat itu) sangat mahal. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di mana kita membina bangunan yang menelan kos sekitar RM800 juta, manakala kerajaan Persekutuan menyediakan tenaga pakar dan peralatan,” katanya.

Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang turut menghadiri majlis jamuan malam itu.

Sementara itu, Dr Zaliha memuji jabatan kesihatan Sarawak atas usahanya menggalakkan rakyat negeri itu mendapatkan suntikan dos penggalak kedua COVID-19.

Bliau berkata sebanyak 12,612 dos penggalak kedua berjaya diagihkan melalui semua pejabat kesihatan bahagian, hospital, agensi kerajaan dan fasiliti kesihatan swasta di Sarawak.

“Ini sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19. Pemvaksinan akan diteruskan secara besar-besaran di seluruh Sarawak sehingga akhir bulan ini,” kata Dr Zaliha.

Mengenai Pusat Jantung Sarawak, beliau berkata pusat itu adalah contoh kisah kejayaan besar bagaimana mengubah kemudahan dalam memperluaskan rangkaian perkhidmatan untuk merawat pesakit jantung, buah pinggang dan kanser. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini