web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Letupan Di Pandan Indah: Suami Isteri Didakwa Bunuh Pelayan Restoran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 12:33PM

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majisret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pelayan restoran selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta lelaki itu meletup - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majisret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pelayan restoran selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta lelaki itu meletup, Disember lepas.

Khor Swee Boon, 33, dan isterinya Ng Hui Yee, 30, didakwa bersama-sama membunuh Cho Lim Fong, 29, di depan sebuah restoran di Jalan Pandah Indah 1/22, Pandan Indah di sini, pada 8.55 malam, 29 Dis 2022. 

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Khor dan Ng mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret Nurmaizan Rahim, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Peguam RSN Rayer yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan diberikan kepada Ng atas alasan wanita itu perlu menjaga dua anak berusia lima dan tujuh tahun dan kini berada di bawah jagaan ibu bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin membantah permohonan itu dengan menyatakan tiada keadaan khas yang membolehkan mahkamah membenarkan jaminan.

Mahkamah kemudian menolak permohonan jaminan itu dan menetapkan 23 Mac untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek