Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cengkaman Kartel Pengambilan Pekerja Asing Bangladesh Perlu Ditamatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 11:03AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak sekian lama, kemasukan pekerja asing dari Bangladesh dimonopoli dua broker, tetapi rasuah dan pegangan mereka ke atas perniagaan mewah ini bakal berakhir.

Desakan agar satu sistem terbuka yang tidak mengehadkan pengambilan pekerja oleh agensi semakin kuat kedengaran, malah pemegang taruh turut menggesa kerajaan mengakhiri penglibatan dua ‘kartel’ yang mengaut berbilion ringgit setiap tahun menerusi kerahan tenaga secara paksa dan eksploitasi.

Hakikatnya, industri pengambilan pekerja asing Bangladesh ialah sindiket pemerdagangan manusia yang bertanggungjawab atas penderitaan ribuan pendatang dari negara itu.

Sumber memberitahu The Vibes, rasuah dalam sistem pengambilan telah memenuhi kantung pegawai kerajaan kedua-dua negara, termasuk di peringkat atasan.

Dua pemain utama industri pengambilan pekerja asing Bangladesh ialah jutawan dari Dhaka, seorang daripada mereka ialah penduduk tetap Malaysia, manakala seorang lagi berpangkalan di Bangladesh.

Di bawah kerajaan perpaduan, mereka sudah mula merapati kepemimpinan baharu, malah seorang daripada mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas diperkenalkan oleh pegawai kerajaan peringkat atasan.

Difahamkan, mereka meminta naungan dan perlindungan setiap perdana menteri baharu sejak tiga tahun lalu.

Walaupun sudah bertemu Anwar, Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menyiasat dakwaan pemerdagangan manusia dan perhambaan melibatkan kedua-dua individu berkenaan.

Sumber memberitahu, kedua-dua jutawan itu memiliki 100 agensi pengambilan pekerja asing Bangladesh di bawah kawalan mereka, dan 69 daripadanya berada di bawah cengkaman ahli perniagaan berpangkalan di Malaysia, manakala 31 lagi dikuasai ‘pesaingnya’ di Dhaka.

Kesemua agensi tersebut dedah sumber, membayar sekurang-kurangnya RM2 juta untuk ‘menyertai’ kumpulan berkenaan dan memiliki pegangan masing-masing dalam industri pendatang.

Kesemua pekerja terbabit, lazimnya berasal dari pedalaman Bangladesh membayar sehingga RM3,800 sebagai ‘ufti’, tambahan kepada RM15,000 hingga RM25,000 yang dikenakan sebagai yuran untuk membantu mereka memasuki Malaysia.

Sumber berkata, skim seumpama itu hanya dikenakan ke atas agensi serta pekerja dari Bangladesh, dan tidak kepada negara sumber lain seperti Indonesia, Nepal dan Filipina.

“Persoalannya sekarang, mengapa ada dua kartel yang hanya mengawal kemasukan pekerja asing dari Bangladesh sedangkan ia tidak berlaku ke atas negara lain?

“Kartel ini lebih dahsyat berbanding sindiket dadah kerana mereka terbabit dalam pemerdagangan manusia. Mereka ialah pembunuh,” katanya.

Sumber memberitahu, pekerja sering terjerat dengan hutang seumur hidup, dengan keluarga mereka di kampung halaman hanya menerima sebahagian kiriman wang bapa atau suami masing-masing selepas dua tahun.

Gaji tidak setimpal, kerja berlebihan dan tinggal di kediaman yang daif; kisah sedih pekerja Bangladesh di negara ini sering dipaparkan secara meluas oleh media antarabangsa.

Ia menyebabkan Malaysia kekal di Aras 3 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), yang menghalang rakyat negara ini daripada menikmati kemudahan Visa Ketibaan (VOA) di AS.

Pernah Diserbu

Serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas syarikat teknologi maklumat (IT) Bestinet Sdn Bhd pada Julai tahun lalu menarik perhatian ramai terhadap sindiket yang didakwa memonopoli pengambilan pekerja asing Bangladesh di negara ini.

Serbuan itu menyaksikan beberapa pegawai disoal siasat, berhubung pemilihan 25 agensi pengambilan pekerja Bangladesh.

Laporan menyebut, pengasas Bestinet iaitu rakyat Bangladesh yang kini menjadi warganegara Malaysia, Datuk Seri Mohd Amin Abdul Nor tidak ditahan, tetapi beliau adalah antara individu yang disoal siasat oleh suruhanjaya terbabit.

Amin, juga dikenali sebagai Amin Bangla turut disiasat berhubung kaitannya dengan beberapa ahli politik, termasuk dalam Kabinet, dan SPRM mahu mengenal pasti kriteria yang diguna pakai untuk pemilihan 25 syarikat tersebut.

Pada Jun 2018, The Star menyiarkan laporan mengenai rayuan lebih 10,000 pekerja Bangladesh dan mangsa pemerdagangan manusia yang membayar RM20,000 setiap seorang kepada sindiket melibatkan seorang ‘Datuk Seri’.

Laporan itu mendedahkan, Datuk Seri berkenaan mengawal Sistem Perkhidmatan Pekerja Asing (SPPA) iaitu satu-satunya sistem pengambilan pekerja Bangladesh di negara ini.

Di bawah skim berkenaan, majikan perlu membayar RM305 untuk setiap pekerja Bangladesh, dan yuran itu adalah milik Bestinet sebagai caj perkhidmatan.

Sumber memberitahu akhbar berkenaan, hanya 10 agensi dibenarkan membawa masuk pekerja Bangladesh, manakala lebih daripada 1,500 agensi lain tidak terpilih dalam perjanjian antara dua kerajaan tersebut.

Pada awal Jun, lebih daripada 1,300 agensi pengambilan pekerja di Bangladesh mengancam mengadakan bantahan ke atas bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan atas pemilihan 25 agensi, susulan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara yang dimeterai sebelum itu. - The Vibes, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sindiket Pekerjaan Filipina, Kerajaan Usaha Bawa Pulang 134 Rakyat Malaysia

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Penipuan Forex: Polis Tahan 77 Individu

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran