web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pengarah Kanan Syarikat Ditahan Bantu Siasatan Pembelian Saham Konsesi Menara KL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 9:54AM

Individu berusia 49 dan 59 tahun itu adalah orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Sumber SPRM berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL ,ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua individu ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.

“Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’, bagi membantu pengambilalihan tersebut,” menurut sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia (TM).

Beberapa saksi termasuk pegawai kanan TM serta syarikat-syarikat terlibat, telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan