Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


M-WEZ Jana Peluang Pekerjaan, Kukuh Aspek Sosioekonomi - Pengerusi JPKK Kampung Portugis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 9:07AM

Marina Danker

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat rakyat Melaka, khususnya penduduk di Kampung Portugis.

Ia sekali gus bercanggah dengan dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan pembangunan M-WEZ akan menghapuskan, sekali gus merosakkan nilai sejarah dimiliki penempatan Portugis tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Portugis, Marina Danker berkata, mereka tidak menolak pembangunan yang mahu dilaksanakan, berikutan ia sudah mengambil kira kepentingan penduduk terlibat.

Menurut beliau, pembangunan berimpak tinggi seperti M-Wez diyakini mampu mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan, selain membantu komuniti tempatan menjana pendapatan dengan menceburi sektor perniagaan.

“Bagi pihak saya, kita tidak boleh menghalang pembangunan kerana ia menyumbang kepada sektor pelancongan baharu dan industri baru muncul.

“Jika benar ia menjadi kenyataan, M-WEZ bukan sahaja membantu mencipta peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, tetapi turut membuka ruang untuk mereka menubuhkan perniagaan kecil-kecilan berasaskan pelancongan,” katanya kepada Getaran.

Marina menarik perhatian, perancangan dilakukan pihak berkaitan membabitkan pembangunan M-WEZ pastinya sudah mengambil kira senario semasa yang melatari komuniti setempat.

Beliau katanya lagi, yakin pelaksanaan M-WEZ turut mencakupi aspek keselamatan dan ekosistem alam sekitar, sebelum projek terbabit dimulakan.

“Mungkin untuk nelayan mereka akan hadapi sedikit kesukaran kerana terpaksa keluar ke depan sedikit untuk mencari hasil laut, malah air di sini juga pasang agak lambat berbanding kawasan lain kerana kedudukan yang agak tinggi.

“Saya berharap pihak pemaju memberi perhatian ke atas faktor ini dan membantu golongan berkenaan agar punca pendapatan mereka tidak terjejas,” katanya.

Kerajaan selama ini jelas Marina, tidak pernah mengabaikan aspek kebajikan komuniti Portugis tempatan dan ia diharapkan berterusan walaupun pentadbiran beralih tangan.

“Saya amat berharap dapat melihat perubahan positif terhadap penempatan di Kampung Portugis ini, berikutan struktur kawasan yang begitu padat sekarang.

“Keluasan yang tidak lagi mencukupi membuatkan tiada ruang untuk keluarga baharu membina kediaman masing-masing, sebaliknya terpaksa menumpang teduh bersama keluarga lain di rumah yang sama,” katanya.

Faktor itu jelas Marina lagi, membuatkan ada rumah dihuni sehingga tiga keluarga berlainan.

“Setakat ini Kampung Portugis memiliki 118 kediaman dan jika kerajaan dapat membina sebuah blok pangsapuri, saya pasti masalah kepadatan itu dapat diatasi,” katanya dengan penuh harapan.

Kampung Portugis jelas beliau lagi, sudah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan Dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 dan ia diyakini mampu memelihara nilai estetika dan sejarah penempatan berkenaan.

Baru- baru ini, Presiden Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Komuniti Portugis, Martim Theseira mendakwa, pembangunan M-WEZ akan memberi impak negatif kepada kehidupan seharian penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, adalah tidak adil untuk membiarkan orang luar datang dan memusnahkan negeri ini berikutan projek terbabit bukan sekadar menghapuskan kualiti kehidupan seharian masyarakat Portugis, bahkan turut mengancam nilai sejarah serta kebudayaan negeri.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan menjejaskan masyarakat setempat.

Beliau turut mengesahkan pembangunan seluas 10,000 hektar di bahagian barat Melaka itu tidak memberi kesan kepada penduduk sebaliknya memperkasakan lagi sosioekonomi setempat. - Getaran, 27 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Semasa 13 jam yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja