web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Rusia Panjat Menara Merdeka 118 Mohon Maaf, ‘Ia Hanya Karya…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 6:36PM

Aksi pasangan terbabit menceroboh bangunan yang masih dalam pembinaan itu dikecam hebat warganet. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendaki ekstrem wanita warga Rusia, Angela Nikolau yang memanjat Menara Merdeka 118 bersama pasangannya, Ivan Beerkus, minggu lalu akhirnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas tindakan menceroboh masuk bangunan kedua tertinggi di dunia itu.

Permohonan maaf itu dibuat sebagai respons kepada ciapan seorang pengguna Twitter yang meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pasangan tersebut.

“Saya menghargai anda membuat bebenang (thread) mengenainya dan saya memohon maaf jika saya menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Itu bukan niat sebenar saya,” katanya.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, dia memanjat bangunan pencakar langit tersebut sekadar untuk memenuhi kehendak seni dan karyanya.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain hanya karya dan seni. Saya juga tidak berniat mencetuskan sebarang konflik atau kebencian. Minta maaf kepada Malaysia dan rakyatnya,” katanya.

Terdahulu, Nikolau berkongsi pengalaman memanjat menara tersebut bersama Beerkus dengan The Vibes.

Menurut wanita itu, proses menawan puncak bangunan pencakar langit tersebut paling sukar pernah dilakukannya setakat ini.

"Saya pasti akan mengatakan ia adalah ketinggian paling sukar setakat ini dan juga salah satu perkara paling sukar pernah dilakukan dalam hidup saya.

“Ia mencabar dari segi fizikal dan emosi, dan kami terpaksa melakukan perkara ekstrem untuk menjayakannya,” kata pendaki ekstrem berusia 29 tahun itu.

Nikolau turut mendedahkan bagaimana dia berjaya membolosi kawalan keselamatan dan memperdaya pekerja pembinaan yang lain.

Malah katanya, dia sudah meninjau bangunan itu untuk mengumpul butiran penting dan perancangan tersebut termasuk menyewa sebuah apartmen menghadap menara berkenaan selama beberapa minggu.

Pendedahan itu bagaimanapun mendapat reaksi balas negatif dan kecaman dalam kalangan pengguna Twitter di negara ini.

Gambar pasangan tersebut dimuat naik di forum dalam talian SkyscraperCity.com pada 27 Disember, sebelum kedua-duanya mengesahkan aksi mereka dua hari kemudian di Instagram yang memaparkan rakaman mereka di puncak menara berkenaan.

Aksi pasangan terbabit menceroboh bangunan yang masih dalam pembinaan itu bagaimanapun dikecam hebat warganet. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Wanita Rusia Nafi Palsukan Rakaman Aksi Panjat Menara Merdeka 118

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad